awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 158 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kulim

Bernama
Bernama
18/10/2025
01:25 MYT
Banjir: 158 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kulim
Anggota APM membantu membawa membawa mangsa banjir kilat di Kampung Sungai Sg Limau ke PPS. - Foto APM
KULIM: Sebanyak 158 mangsa membabitkan 45 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) dekat sini, selepas beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat, petang semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Sungai Limau, Kampung Batu 5, Kampung Batu 6 dan Kampung Paya Tok Betok.
"PPS Surau As-Shahiddin, Taman Sang Kancil yang dibuka pada 8.30 malam tadi, menempatkan 143 mangsa daripada 41 keluarga.
"PPS Surau Paya Tok Betok yang dibuka pada 11 malam tadi pula menempatkan 15 mangsa daripada empat keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keadaan cuaca tiada hujan, menyaksikan paras air di kebanyakan kawasan terjejas mulai menurun pagi ini.
Bernama sebelum ini melaporkan hujan lebat berterusan bermula 5 petang semalam, menyebabkan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Kulim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#hujan lebat
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan