KOTA BELUD: Sebanyak 20 buah kampung di sekitar Kota Belud, Sabah dinaiki air sejak awal pagi tadi, susulan hujan berterusan sejak kelmarin.
Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud, Leftenan Kolonel (PA) Khairul Gumpitai berkata, hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu turut mengakibatkan paras air di tiga sungai utama naik secara mendadak.
Menurutnya, terdapat laluan yang juga mula dinaiki air dan tidak dapat dilalui kenderaan rendah, antaranya ialah Jalan Bypass Kota Belud - Kudat.
"Begitu juga Jalan Kampung Menunggui manakala, Jalan Kampung Lebak Engad dan Jalan Kampung Linau, tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.
"Bagi Jalan Kampung Bobot dan Kampung Siasai Tamu air melimpah namun masih boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Bagaimanapun, katanya, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan setakat ini.
"Anggota APM Kota Belud kini giat menjalankan pemantauan di lokasi-lokasi terjejas banjir.
"Orang ramai dinasihatkan agar menghubungi talian kecemasan dengan kadar segera sekiranya kediaman mereka dinaiki air bagi membolehkan kerja-kerja pemindahan dijalankan,” katanya lagi.
Antara kampung yang dinaiki air ialah Kampung Siasai Tamu, Kampung Kota Belud, Kampung Bobot, Kampung Ejuk, Kampung Menunggui, Kampung Lebak Engad, Kampung Linau, Kampung Sembirai, Kampung Taun Gusi Keranjangan dan Kampung Gunding.
Turut terjejas iaitu Kampung Marajah, Kampung Song-Song, Kampung Sadok-Sadok, Kampung Lingkodon, Kampung Suang Punggur, Kampung Limatok, Kampung Lebak Moyoh, Kampung Pituru Darat/Laut, Kampung Pompod Kelawat dan Kampung Benai.
Eleanor Michelle Patrick
Sun Apr 10 2022

Orang ramai dinasihatkan agar menghubungi talian kecemasan dengan kadar segera sekiranya kediaman mereka dinaiki air bagi membolehkan kerja-kerja pemindahan dijalankan. - Foto Astro AWANI

Alam Sekitar | Sisa buangan di laut bernilai buat artis profesional Australia
Menjadi rutin bagi nelayan dekat Geraldton, Australia Barat yang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan laut, malah sampah sarap yang dijumpai di serata permukaan laut. Menariknya, sampah berkenaan bukan dibuang semula atau dilupuskan di pusat pelupusan, sebaliknya ia diserahkan kepada pengiat seni untuk direka semula menjadi karya seni luar biasa.

Sukan Komanwel | BAM perinci sasaran baharu kem badminton
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal meletakkan sasaran pingat buat kem badminton negara pada Sukan Komanwel 2022. Presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata BAM akan memperincikan sasaran pingat terbaharu susulan penarikan diri jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia daripada menyertai temasya sukan itu.

COVID-19 | Lebih 15,000 kes baharu dikesan minggu ini
15,564 kes harian baharu COVID-19 dikesan dalam tempoh seminggu ini (18 Jun hingga 24 Jun 2022), menjadikan jumlah kumulatif Malaysia meningkat kepada 4,552,359 kes. Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 18.1 peratus berbanding jumlah kes pada seminggu lepas (11 Jun hingga 17 Jun) sebanyak 13,177 kes.

Warisan sedia jalin kerjasama dengan gabungan politik yang menang PRU15
Ahli Parlimen Semporna itu berkata ini kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat.

Kastam | Elak ganja masuk dari Thailand, pintu sempadan diperketat
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia. Ketua Cawangan Penguatkuasaan JKDM Bukit Kayu Hitam, Suhaila Mohamad Noor berkata pihaknya akan mengetatkan pemeriksaan ke atas kenderaan dan penumpang yang merentas sempadan untuk memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk ke Malaysia. #

Penuaan Usia | Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes - KJ
Kesan daripada peningkatan penyakit tidak berjangkit atau non-communicable diseases (NCD) sudah boleh dilihat di negara ini yang mana ia turut ditambah dengan penuaan usia populasi. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin, situasi itu akan menyebabkan sebahagian besar populasi di Malaysia akan terlibat dengan pelbagai faktor risiko dan mobiditi seperti obesiti serta diabetes.

10 Berita Pilihan - (25 Jun 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Jun 2022.

Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil, hari ini.

Penduduk Kg Paka Paka, Kota Belud sudah 'lali' dilanda banjir
Sering dilanda banjir menyebabkan penduduk di Kampung Paka Paka yang terletak kira-kira 10 kilometer dari pekan Kota Belud sudah 'lali' dengan perkara itu terutama ketika tiba musim tengkujuh.

Banjir: 20 kampung di Kota Belud dinaiki air susulan hujan berterusan
Sebanyak 20 kampung di sekitar Kota Belud telah dinaiki air sejak awal pagi tadi, susulan hujan berterusan sejak kelmarin.

Dua maut, tiga cedera termasuk bayi
Mangsa lelaki yang juga pemandu berusia 20-an meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang wanita meninggal dunia di Hospital Kota Belud.

Lebih 200 kenderaan pacuan empat roda sertai Kota Belud Off Road Challenge
Aktiviti sukan lasak kenderaan 4x4 itu merupakan anjuran kerjasama Rosok Offroad Club bersama Tiger Team Club.

Lima daerah di Sabah dilanda banjir kilat
Sebanyak lima daerah di negeri ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi, hari ini.

Pesawat TUDM terbang rendah semasa Eksesais Ababil 2021 mulai 7 September
Orang ramai diingatkan supaya agar tidak risau sekiranya melihat pesawat-pesawat TUDM terbang rendah sepanjang tempoh eksesais.

Kluster dipercayai berpunca dari majlis pengebumian dikesan di Sabah
Sabah mengesan satu lagi kluster COVID-19 dipercayai berpunca daripada sebuah majlis pengebumian.

Mesyuarat Khas Parlimen: Wujudkan giliran sistematik, ini bukan masa berpolitik
Mesyuarat yang julung kali diadakan dalam tempoh pandemik itu diharap dapat menjadi platform kebebasan buat semua wakil rakyat.

COVID: Jual nombor ekor haram punca kluster baharu di Sabah
Kluster Kuarters Bata Durok di Keningau melibatkan 12 kes kumulatif dicetus kes indeks seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun dikesan positif pada Rabu lepas.

Ibu terkejut anak 13 tahun lahirkan bayi
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, wanita terbabit yang tersedar daripada tidur mendapati remaja berkenaan sedang membersihkan tubuh seorang bayi.