awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 250 'hot spot' dijangka dilanda banjir sekali lagi di pantai Timur - Bomba

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
05/01/2021
10:29 MYT
Banjir: 250 'hot spot' dijangka dilanda banjir sekali lagi di pantai Timur - Bomba
Semua kawasan terbabit dikenal pasti di Kelantan, Terengganu dan Pahang. - Gambar/ Astro AWANI
MARAN:Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesan sebanyak 250 kawasan ‘hot spot’ di pantai Timur yang dijangka dilanda banjir sekurang-kurangnya sekali lagi sehingga Mac depan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, kesemua kawasan panas itu kerap dinaiki air ketika musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut (MTL).
Katanya, semua kawasan terbabit dikenal pasti di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Kesemua kawasan ‘hot spot’ dikenal pasti dengan mengambil kira rekod kejadian banjir sebelum ini dan maklumat yang diperoleh daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pusat ramalan cuaca.
“Kita jangkakan keadaan banjir ini akan berterusan dan kami percaya berdasarkan laporan kaji cuaca, keadaan ini akan berpanjangan hingga Mac depan.
“Jadi, kita akan terus buat pemantauan dan beri tumpuan di kawasan itu yang mungkin akan berlaku banjir gelombang kedua dan ketiga,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, Mohammad Hamdan berkata, pihaknya juga memastikan semua pasukan serta aset yang berada di kawasan panas terbabit berada dalam keadaan bersedia untuk digerakkan.
JBPM juga memastikan semua pasukan serta aset yang berada di kawasan panas terbabit berada dalam keadaan bersedia untuk digerakkan.
JBPM juga memastikan semua pasukan serta aset yang berada di kawasan panas terbabit berada dalam keadaan bersedia untuk digerakkan.
Katanya, pasukan luar juga akan digerakkan ke lokasi terbabit untuk membantu operasi dalam keadaan memerlukan.
“Bagaimanapun perkara itu akan dibuat mengikut keperluan semasa mengambil kira pelbagai aspek.
“Setakat ini, pasukan di Pahang dan Johor sahaja diberi bantuan daripada pasukan dari negeri berhampiran untuk menyelamat mangsa banjir.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat jam 5 petang, kejadian banjir menjejaskan 24 daerah di Semenanjung membabitkan enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Perak dan Johor.
“Jumlah mangsa yang terjejas pula melibatkan seramai 21,300 orang daripada 5,278 keluarga dan ditempatkan di 256 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara,” ujarnya.
Sementara itu, Mohammad Hamdan menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan amaran banjir khususnya keadaan paras air di kawasan tertentu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
“Saya memohon agar semua masyarakat yang terjejas ekoran banjir ini sentiasa berjaga-jaga dan hubungi agensi berdekatan jika memerlukan bantuan.
“Jangan terlalu berani sehingga mengambil risiko tanpa memikirkan aspek keselamatan,” katanya.
Topic Berkaitan
#bomba
#banjir
#hot spot
#kawasan panas
#gelombang
#bersedia
#Pantai Timur
#Semenanjung
#tengkujuh
#monsun timur laut
#banjir berulang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan