awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: 40 mangsa masih berada di PPS Johor, Pahang

Bernama
Bernama
16/12/2024
01:15 MYT
Banjir: 40 mangsa masih berada di PPS Johor, Pahang
Sebanyak 40 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang setakat 8 pagi ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 40 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang setakat 8 pagi ini.
Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan, jumlah mangsa kekal 36 orang daripada 11 keluarga yang ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.
Beliau berkata, Stesen Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat mencatatkan trend menurun dengan bacaan 8.68 meter manakala Sungai Paya Dato di Mersing melepasi paras amaran dengan bacaan 1.50 meter.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir tidak berubah, iaitu empat orang daripada dua keluarga di daerah Maran yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
Semakan melalui portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran pula mendapati hanya satu sungai utama di negeri itu melebihi tahap amaran, iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran pada bacaan 18.21 meter dengan trend menaik. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa banjir
#PPS Johor
#PPS Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan