KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun dengan 53,028 orang ditempatkan di 290 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang ini.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir meningkat sedikit kepada 49,543 orang setakat 2 petang ini berbanding 49,410 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi namun terdapat enam PPS ditutup.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata PPS yang ditutup adalah Balai Raya Taman Bintang Gemas Bahru, Balai Raya Kampung Paya Lebar, Balai Raya Kampung Mensudut dan Balai Raya Kampung Pudu di Segamat; Sekolah Kebangsaan (SK) Nam Heng (Johor Bahru) dan SK Seri Murni Jaya (Kulai).
JPBN berkata seramai 14,149 keluarga ditempatkan di 264 PPS dan tiga daerah yang paling teruk terjejas melibatkan Batu Pahat dengan 21,000 orang; Segamat (10,953 mangsa) dan Muar (4,739 orang).
Jumlah mangsa banjir di MELAKA menurun sedikit kepada 597 orang setakat 2 petang ini berbanding 601 orang pada 8 pagi tadi namun jumlah keluarga terjejas kekal sebanyak 158 keluarga.
Sekretariat JPBN dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 587 orang daripada 155 keluarga merupakan penduduk di Jasin yang ditempatkan di lima PPS di daerah itu dan mangsa terjejas kekal 10 mangsa daripada tiga keluarga masih ditempatkan di satu PPS di Alor Gajah.
Di PAHANG, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 2,888 orang yang ditempatkan di 20 PPS petang ini berbanding 3,029 orang berada di 21 pusat pagi tadi.
Rompin kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,745 orang diikuti Temerloh 114 orang dan Maran 29 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023

Keadaan Bandar Kota Tinggi yang masih ditenggelami air akibat limpahan air Sungai Johor ketika tinjauan pada 2 Mac lalu. -Gambar fail/Bernama

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.

PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).

Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan
Jumlah berkenaan adalah sebahagian besar daripada pengeluaran sebanyak 1,172,544 ekor arowana negara pada 2022.

Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan atas faktor kesihatan
Pan Gon berkata, hasil pemantauan mendapati, tiada tanda positif Haqimi Azim dapat hadir menjalani kem latihan bersama rakan pasukan.

Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Tuan Faridah Tuan Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.

Korban banjir di Haiti meningkat kepada 51 orang
Hujan lebat di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 51 orang maut, 18 hilang manakala 140 lagi cedera, menurut Direktorat Perlindungan Awam pada Selasa.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Rancangan tebatan banjir di Klang dilaksana segera - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan melaksanakan segera Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Klang.

Mangsa banjir di Bukit Raja dibenarkan pulang
Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Banjir Bukit Raja makin surut, jumlah mangsa terus menurun
Keadaan banjir di Bukit Raja, Klang, semakin pulih dan jumlah mangsa yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di situ terus menunjukkan penurunan.

Projek tebatan banjir LLM ditangguhkan seketika - MB
Kerajaan negeri masih mengenal pasti lokasi kolam takungan bagi menampung limpahan air apabila berlaku hujan lebat terutama di Bukit Raja.

Tujuh pekerja sekolah memandu cemas terperangkap banjir
Kerja-kerja menyelamat dan memindahkan mangsa giat dijalankan menggunakan bot fiber ke tempat selamat.

Banjir kilat di Selangor terkawal - Bomba
Keadaan banjir kilat yang melanda di beberapa kawasan sekitar Selangor pada awal pagi Ahad tidak menyebabkan kenaikan trend air sungai yang mendadak.

Banjir kilat: 9 laluan bas tidak dapat dilalui - Rapid KL
Sembilan laluan perhentian bas tidak dapat dilalui susulan kejadian banjir kilat berlaku kawasan Setia City Mall pada pagi Ahad.

Wanita cemas kereta terperangkap banjir
Wanita cemas kereta terperangkap banjir