KUALA LUMPUR : Badan yang telah diberi amanah untuk mengurangkan risiko bencana perlu bertindak lebih proaktif dalam mengenal pasti kawasan-kawasan berisiko banjir yang paling kerap berlaku di negara ini.
Pengarah Pusat Geokejuruteraan Tropika (GeoTropik), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Edy Tonnizam Mohamad berkata, tindakan itu termasuk merancang dan mengenal pasti langkah pencegahan yang perlu diambil, selain memberikan respons pantas sekiranya berlaku bencana seperti banjir kilat.
"Sekiranya banjir kilat berlaku, langkah pencegahan boleh dilakukan melalui jangkaan pihak berkuasa.
"Badan yang bertanggungjawab perlu bertindak pantas dengan memberi makluman kepada orang ramai. Maknanya, sudah ada petunjuk dari pihak berkuasa berkenaan lokasi yang akan dinaiki air. Perkara ini boleh dilakukan sebenarnya.
"Badan itu juga sebenarnya perlu mengetuai langkah pencegahan bencana itu, kerana itulah fungsi mereka," katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
BACA : Enam kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat
BACA: Banjir kilat Lembah Klang: KWP, DBKL cari penyelesaian berkesan
Dalam pada itu, beliau melihat terowong SMART turut membantu situasi banjir di ibu negara, namun, ia tidak meliputi semua kawasan.
Justeru, selain tindakan pantas pihak berkuasa terlibat, beliau mencadangkan agar satu pelan tindakan segera dibuat dalam menangani banjir yang terlalu kerap berlaku di seluruh negara termasuk di Lembah Klang.
Ia termasuk mencari mekanisme baharu dengan merekabentuk kejuruteraan untuk mengalirkan atau melencongkan air banjir dengan lebih cepat, sekali gus mengurangkan risiko bencana.
"Saya rasa tidak perlu peruntukan besar (untuk tangani bencana), cuma kita perlu lihat kepada kawasan saliran tambahan. Ini penting," ujarnya lagi.
Selain itu katanya, sistem perparitan di negara ini juga perlu sentiasa diselenggara bagi melancarkan aliran air susulan hujan lebat yang berlaku di sesetengah kawasan.
"Sistem perparitan di ibu negara sudah wujud lama, jadi kapasitinya berbeza dengan sekarang. Sebagai contoh sekarang ini penduduk meningkat, jadi penyelenggaraan itu perlu dipertingkatkan lagi, " ujarnya.
BACA: Banjir kilat Lembah Klang: KWP, DBKL cari penyelesaian berkesan
Rahimah Abdullah
Wed Mar 09 2022
Badan yang telah diberi amanah untuk mengurangkan risiko bencana perlu bertindak lebih proaktif dalam mengenal pasti kawasan-kawasan berisiko banjir yang paling kerap berlaku di negara ini. - Gambar fail
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Hujan berterusan beberapa hari tingkatkan risiko tanah runtuh - Pakar
Perkara yang perlu diberi perhatian kini adalah cara untuk mencegahnya daripada berlaku termasuk insiden besar seperti di Ampang itu.
Banjir: Badan yang diberi amanah kurangkan risiko bencana perlu lebih proaktif - Pakar hidrogeologi
Badan yang telah diberi amanah untuk mengurangkan risiko bencana perlu bertindak lebih proaktif dalam mengenal pasti kawasan-kawasan berisiko banjir yang paling kerap berlaku di negara ini.
Pembangunan sumber Bumi berinovasi
Beberapa inisiatif dan usaha perlu dijana pada skala besar di peringkat negara serta negeri berkaitan bagi memajukan industri mineral sebagai satu industri hiliran.