awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
Video tular individu bertudung minum arak: PDRM tahan dua individu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Dua LRA dihenti tugas akibat air keruh

Astro Awani
Astro Awani
05/07/2022
23:30 MYT
Banjir Baling: Dua LRA dihenti tugas akibat air keruh
Kejadian banjir di Baling pada Isnin berlaku berikutan hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak 2 petang sehingga menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Dua buah loji rawatan air (LRA) di Kedah terpaksa dihenti tugas pada lewat Selasa malam akibat air keruh.
Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, ia melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi Tech dan Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal.
'Kedua-dua LRA tersebut dihenti tugas akibat kadar kekeruhan air mentah yang tinggi susulan banjir kepala air di Baling.
"Penutupan sementara ini akan menjejaskan 80,000 akaun (Hi-Tech) dan 121,000 akaun pengguna (Pinang Tunggal/Sg Petani)," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Kata Sanusi, Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan membuat penghantaran air terawat melalui lori dan tanker ke kawasan terjejas.
Kejadian banjir di Baling pada Isnin berlaku berikutan hujan lebat berterusan selama tiga jam sejak 2 petang sehingga menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke kawasan penempatan penduduk.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#Muhammad Sanusi Md Nor
#loji rawatan air
#air keruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan