awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam negara Amerika Latin kecam tindakan ketenteraan AS di Venezuela
Sebahagian besar pasukan keselamatan Maduro terbunuh dalam serangan AS - Menteri Pertahanan Venezuela
Maduro dijangka muncul di mahkamah di New York hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Lebih 1,400 mangsa ditempatkan di PPS

Bernama
Bernama
05/07/2022
22:00 MYT
Banjir Baling: Lebih 1,400 mangsa ditempatkan di PPS
Sebuah rumah ditimbuni kayu balak dan tanah yang dibawa arus berikutan hujan lebat berterusan selama tiga jam yang menyebabkan banjir kilat di Baling. - Foto BERNAMA
BALING: Seramai 1,424 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sekitar Kupang dekat sini setakat jam 8 malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Kapten (PA) Rasidah Kassim dalam satu kenyataan memaklumkan mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, Surau An-Nur di Taman Mesra Kupang dan SMK Agama Yayasan Khairiah.
Beberapa kampung sekitar Kupang dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan selama tiga jam sejak 2 petang pada Isnin, menyebabkan air melimpah dari Sungai Kupang dan memasuki rumah penduduk.
Dalam pada itu, tujuh rumah musnah akibat dihanyutkan arus deras manakala kira-kira 70 lagi rosak susulan bencana berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat
#PPS
#mangsa
#Rasidah Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan