awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
01/09/2022
09:18 MYT
Banjir Baling: Perdana Menteri umum peruntukan tambahan RM17.8 juta
Ismail Sabri menghadiri Majlis Doa Selamat sempena Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan serta Bencana Banjir Daerah Baling di Dataran Keluarga Malaysia, Kampung Teluk Durian pada Khamis. - Gambar/ Bernama
BALING: Kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan RM17.8 juta bagi proses pemulihan termasuk pembinaan rumah baharu susulan bencana banjir dan kepala air yang berlaku di beberapa kawasan sekitar Kupang, di sini, Julai lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata peruntukan itu turut melibatkan RM10 juta bagi pembinaan jambatan konkrit baharu menggantikan jambatan sementara jenis Bailey yang digunakan ketika ini.
"(Selain itu, saya dimaklumkan) terdapat 17 lagi rumah yang berada berhampiran dengan sungai di Kampung Iboi, yang (mana) dibimbangi (apabila) banjir berlaku, pasti rumah mereka terjejas, sebab berada di tepi sungai,
"Hari ini, saya (juga) mengumumkan untuk menambahkan RM3 juta daripada ICU (Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri) untuk dibina rumah baharu
"(Saya dimaklumkan juga) kawasan tapak telahpun dikenal pasti oleh kerajaan negeri dan kita akan bina (rumah-rumah berkenaan) dengan segera," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri Majlis Doa Selamat sempena Sambutan 65 Tahun Kemerdekaan serta Bencana Banjir Daerah Baling di Dataran Keluarga Malaysia, Kampung Teluk Durian pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan turut akan membaik pulih 17 titi di kawasan bencana dengan peruntukan sebanyak RM4.8 juta.
Tegasnya, kesemua projek berkenaan diharap dapat disiapkan segera demi kesejahteraan rakyat terutama penduduk di kawasan Baling.
Tambah beliau, kerajaan juga akan memastikan kesemua janji yang telah diumumkan pelbagai pihak sebelum ini dapat dilaksanakan dengan segera.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#Perdana Menteri
#Kampung Iboi
#peruntukan tambahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan