TEMERLOH: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah supaya reka bentuk rumah bertiang dijadikan contoh pembinaan kediaman di tepi sungai pada masa akan datang.
Baginda bertitah reka bentuk rumah bertiang itu juga merupakan antara langkah keselamatan sekiranya berlaku musibah banjir.
"...dan ini (pembinaan rumah bertiang) memudahkan (penduduk) jika musim banjir berlaku, di mana ia lebih selamat.
"Jadi mana-mana rumah yang nak dibina di tepi Sungai Pahang perlu mengambil kira ketinggian dan ia dapat menjadi contoh kepada rumah-rumah yang terdapat di persekitaran di tepi-tepi sungai ini," titah baginda.
Seri Paduka bertitah demikian selepas mendengar sembah taklimat rumah tersebut daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Ir Hafizah Zakaria pada majlis penyerahan kunci rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada seorang penerima di Kampung Lompat di sini hari ini.
Terdahulu, ketibaan baginda pada pukul 11.30 pagi diiringi anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Al-Sultan Abdullah mengucapkan tahniah kepada penerima rumah berkenaan dan menitahkan supaya mereka menjaganya dengan baik.
Seri Paduka kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dengan penerima kediaman itu yang rumah mereka sebelum ini rosak teruk ketika banjir buruk melanda Pahang, awal tahun ini.
Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan sumbangan sebelum meninjau rumah setingkat bertiang berkeluasan 960 kaki persegi yang mempunyai ruang makan, tiga bilik, tiga bilik air selain lengkap serba-serbi disertakan perabot termasuk set bilik tidur.
Seri Paduka turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada dua lagi penerima di dua kampung iaitu di Kampung Pangsenam dan Kampung Tanjung Pasir di sini pada sebelah petang ini.
Sementara itu, ibu tunggal Siti Rokiah Zainal Abidin, 51, yang menetap di Kampung Lompat di sini, sejak 50 tahun lepas berkata beliau yang tinggal bersama ibunya Ramlah Hitam, 81, tidak menjangka menerima kurniaan setelah rumah pusaka itu rosak teruk dilanda banjir awal tahun lepas.
"Emak sayalah orang yang paling gembira hari ini kerana dia memang tak sangka dalam umurnya macam ini akan terima kurniaan kediaman yang sangat selesa.
"Menjunjung kasih Seri Paduka Tuanku di atas pengurniaan rumah selesa ini," kata ibu kepada dua anak itu.
Sebelum ini, kediaman Siti Rokiah yang berdekatan dengan Sungai Pahang itu mendap dan sebahagiannya roboh ketika musibah banjir tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Seri Paduka Baginda bertitah reka bentuk rumah bertiang itu juga merupakan antara langkah keselamatan sekiranya berlaku musibah banjir. - Gambar/ Bernama
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
MRL diminta periksa kawasan banjir jika disebabkan pembinaan ECRL - Loke
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) diminta segera memeriksa kawasan banjir khususnya di Pantai Timur sekiranya bencana itu disebabkan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Jualan Rahmah akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.
Polis tingkatkan rondaan di kawasan banjir, elak jenayah pecah rumah
Ia bagi memastikan rumah mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini selamat dan bagi mencegah jenayah pecah rumah.
APM kenal pasti lebih 2,000 kawasan berisiko banjir
Sebanyak 2,594 kawasan di seluruh negara dikenal pasti berisiko berlakunya banjir pada musim tengkujuh kali ini berdasarkan statistik bencana yang direkodkan pada tahun lepas dan tahun sebelumnya.
MTL: PBT diarah pantau infrastruktur awam di kawasan risiko banjir
Pihak berkuasa tempatan telah diarah melaksanakan pemantauan dan keperluan penambahbaikan terhadap infrastruktur awam di kawasan berisiko banjir susulan peralihan fasa Monsun Timur Laut.
Banjir: Bina rumah bertiang di tepi sungai, titah Al-Sultan Abdullah
Baginda bertitah reka bentuk rumah bertiang itu juga merupakan antara langkah keselamatan sekiranya berlaku musibah banjir.
NGO perlu elak beli barangan bantuan di kawasan banjir
Pembelian barangan keperluan secara pukal di kawasan terjejas juga dikhuatiri memberi persepsi negatif dan situasi panik.
Penduduk kawasan terlibat banjir dinasihat akur arahan pindah awal - Shahidan
Penduduk di kawasan terlibat banjir dinasihat supaya akur dengan arahan pasukan keselamatan supaya berpindah lebih awal.