Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menambah baik sistem ramalan dan amaran banjir bagi membolehkan ramalan banjir dibuat tujuh hari sebelum kejadian dijangka berlaku, berbanding enam jam ketika ini.
Menerusi Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) itu, amaran banjir pula boleh dikeluarkan dalam tempoh dua hari lebih awal berbanding enam jam sekarang.
Ketua Pengarah JPS Datuk Seri Zulkefli Hassan berkata menerusi PRAB yang mengeluarkan ramalan dan amaran banjir dengan lebih awal akan memudahkan proses pemindahan dan pengurusan banjir.
"Selama ini amaran banjir yang dapat dikeluarkan adalah dalam enam jam sebelum kejadian dan ini menyukarkan pemindahan serta pengurusan yang sebaiknya. Dengan projek ini, ia dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa dan harta benda selain mengurangkan kerosakan pada struktur kemudahan awam," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata bagi merealisasikan pelaksanaan PRAB, sejumlah RM550 juta disediakan melibatkan 40 lembangan sungai utama negara, iaitu ramalan dan amaran banjir akan dikeluarkan dengan sokongan data Jabatan Meteorologi Malaysia.
Katanya kesedaran umum juga perlu dipertingkat untuk mematuhi amaran awal ini bagi membolehkan kerja membantu dan menyelamat yang lebih selaras.
Sementara itu, Zulkefli berkata satu pendekatan holistik juga perlu diberi perhatian serius sebagai cadangan jangka panjang bagi memperkukuh jaminan sumber air negara, dalam meminimumkan kesan perubahan iklim seperti pengurangan kekerapan hujan dan fenomena El Nino ke atas sumber air.
"Untuk tujuan itu, JPS membangunkan Sistem Imbangan Air Negara (Nawabs) yang akan berfungsi sebagai 'Sistem Sokongan Keputusan Pengurusan' dalam pengurusan air," katanya.
Katanya Nawabs bertanggungjawab sebagai alat pengurusan bagi membantu membuat ramalan dan amaran dalam menjangka krisis air atau kemarau dengan lebih awal.
"Ia akan bertindak sebagai satu pusat bagi membantu membuat keputusan dalam pengurusan banjir dan kemarau di dalam negara," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya telah mengambil inisiatif bagi memperkasakan dasar dan perundangan dengan mengusahakan penggubalan Rang Undang-Undang Sumber Air Negara (RUU SAN).
Zulkefli berkata RUU SAN yang dijangka dibentang di Parlimen pada awal tahun depan diharap dapat merealisasikan pengurusan sumber air yang lebih efektif dan menjamin kelestarian alam sekitar.
Beliau berkata jika ia berjaya, ia akan dapat memperkasakan pengurusan sumber air oleh JPS melalui penyelarasan undang-undang di peringkat negeri.
Pada 11 Okt lepas, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Hamim Samuri berkata rang undang-undang berkaitan sumber air akan dibentangkan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun hadapan bagi melindungi sumber air dan mengelak krisis bekalan air negara.
Hamim berkata draf berkaitan rang undang-undang itu masih dalam perincian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 13 2016
PRAB yang mengeluarkan ramalan dan amaran banjir dengan lebih awal akan memudahkan proses pemindahan dan pengurusan banjir. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.