awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Baling: 3 sekeluarga hilang dihanyut kepala air

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2022
16:47 MYT
Banjir di Baling: 3 sekeluarga hilang dihanyut kepala air
Pasukan penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba menumpukan usaha pemindahan dan mengesan mangsa terperangkap dalam banjir melibatkan 11 kampung di Baling, pada petang Isnin. - APM
BALING: Tiga sekeluarga berusia antara 14 hingga 53 tahun disahkan hilang dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir yang melanda Kampung Iboi, Baling, petang Isnin.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim, dalam perkongsian di laman Facebooknya Isnin malam, berkata semua mereka belum ditemui sehingga kini.
"Salah seorang mangsa Abd. Rahman Said, 71, menceritakan kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi (Md Nor) situasi tragis dia kehilangan tiga daripada ahli keluarganya dalam kejadian kepala air di Kampung Iboi, petang tadi.
"Isteri Abd. Rahman, Salmah Mat Akib, 53; anaknya Mohd Khairul Ikhwan, 14, dan menantu Nurul Hanis Abu Hassan, 23, dihanyutkan kepala air yang datang secara tiba-tiba, dan masih belum dijumpai hingga kini.
"Rumah mereka juga turut dihanyutkan dalam bencana itu," katanya yang mengiringi Menteri Besar turun padang meninjau kawasan bencana Isnin malam.
Bencana | Sungai Kupang melimpah, dua kampung dilanda banjir kilat
Media sebelum ini melaporkan, pasukan penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba menumpukan usaha pemindahan dan mengesan mangsa terperangkap dalam banjir melibatkan 11 kampung di Baling, pada petang Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata kampung terbabit terletak berhampiran Sungai Kupang.
Katanya, antara kampung terlibat ialah Kampung Bendang Padang, Kampung Iboi, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Sadik, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak dan Kampung Badak Ampang.
"Sehingga kini, bomba telah memindahkan 55 mangsa yang terperangkap ke tempat selamat dan operasi pemindahan masih dijalankan sehingga kini," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin malam.
Difahamkan, usaha pemindahan penduduk terjejas selain operasi mencari dan menyelamat (SAR) berdepan kesukaran disebabkan cuaca gelap dan laluan terputus akibat dinaiki air.
Turut difahamkan, masih ada penduduk yang terperangkap di kediaman dan sekolah yang dinaiki air.
Astro AWANI akan mendapatkan perkembangan terkini dan pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai perkara ini.
Topic Berkaitan
#banjir baling
#kes kematian
#kepala air
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan