KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di beberapa negeri bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 38,120 orang setakat malam ini berbanding 36,191 mangsa, petang tadi.
Menurut laporan Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah itu membabitkan 34,849 mangsa di Johor, 2,186 mangsa (Pahang), 867 (Negeri Sembilan), 204 (Melaka) dan 14 di Sarawak.
Di Johor, jumlah mangsa banjir terus mencatat pertambahan berbanding 32,870 orang pada 4 petang tadi, meskipun banjir di daerah Kulai surut sepenuhnya.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan ini berikutan peningkatan mangsa di beberapa daerah sekali gus menyaksikan pembukaan 10 lagi PPS, menjadikan jumlah keseluruhan 225 PPS beroperasi di sembilan daerah.
Menurut JPBN, tiga PPS di Kulai iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Oil Palm, SJKC Bukit Batu dan Dewan Raya Kampung Murni Jaya telah ditutup sepenuhnya hari ini.
Jawatankuasa itu memaklumkan Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan 12,250 orang daripada 3,545 keluarga, diikuti Batu Pahat 6,502 orang dari 1,907 keluarga; Kluang dengan 5,294 mangsa (1,539 keluarga) dan Kota Tinggi seramai 3,309 orang (897 keluarga).
Turut terjejas, Muar dengan 3,127 orang (919 keluarga); Tangkak 2,239 orang (624 keluarga); Johor Bahru 987 orang (306 keluarga); Mersing 780 orang (231 keluarga) dan Pontian 361 orang (90 keluarga).
Sebanyak 18 sungai di Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi melepasi paras bahaya, termasuk Sungai Muar di Lubuk Kepong (Segamat) yang merekodkan bacaan 20.90 meter (m) dan Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) 20.15 m.
Di Melaka, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 204 orang daripada 50 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 162 orang daripada 40 keluarga pada 2 petang tadi.
Sekretariat JPBN Melaka memaklumkan empat PPS beroperasi di daerah Jasin termasuk PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chohong, PPS SK Seri Mendapat dan PPS SK Parit Penghulu serta PPS SK Parit Gantong yang dibuka pada 6.30 petang tadi.
Setakat ini, 18 mangsa daripada empat keluarga ditempatkan di PPS SK Chohong, 36 orang daripada enam keluarga di PPS SK Seri Mendapat, 138 orang membabitkan 34 keluarga di SK Parit Penghulu manakala proses pemindahan mangsa terjejas ke PPS SK Parit Gantong sedang dilakukan.
Selain itu, jumlah mangsa banjir di Alor Gajah kekal 12 orang membabitkan enam keluarga dan kesemua mereka ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun.
Jumlah mangsa banjir di Pahang turut bertambah iaitu 2,186 orang yang ditempatkan di 21 PPS berbanding 2,183 orang yang berada di 23 PPS petang tadi.
Daerah Rompin kekal merekodkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 1,868 orang diikuti Temerloh (173 orang), Pekan (106 orang), Bera (29 orang) dan Maran (10 orang).
Sementara itu, di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 867 individu daripada 235 keluarga berbanding 938 mangsa daripada 272 keluarga di sembilan PPS tengah hari tadi.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak kini menurun kepada 14 orang daripada lima keluarga setakat 7 malam ini berbanding 38 orang daripada 17 keluarga petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023

Menurut laporan Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah itu membabitkan 34,849 mangsa di Johor, 2,186 mangsa (Pahang), 867 (Negeri Sembilan), 204 (Melaka) dan 14 di Sarawak. - Foto APM

ARC: Hong Kong terlalu kuat buat skuad Bunga Raya
Skuad Bunga Raya ternyata bukan tandingan lawan yang merupakan pasukan kedua terbaik Asia dan ke-24 dalam ranking dunia.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod mereka.

DSV mahu kembalikan zaman kegemilangan Kelantan FC
Jika berjaya ambil alih, ini kali kedua DSV terlibat dengan Kelantan FC, selepas pada 2016, dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.

PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).

Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan
Jumlah berkenaan adalah sebahagian besar daripada pengeluaran sebanyak 1,172,544 ekor arowana negara pada 2022.

Bantuan khas banjir daerah Besut dibayar sebelum hujung bulan ini - MB
Setiap KIR yang terlibat akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 daripada kerajaan negeri.

Lebih 50 rumah di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut
Lebih 50 kediaman di Kampung Melayu Majidee terjejas akibat ribut petang tadi.

Satu PPS dibuka tempatkan mangsa ribut di Sepang
Sebuah PPS dibuka di Balairaya MPKK Pulau Meranti, Putra Perdana, Dengkil dekat sini malam tadi bagi menempatkan mangsa kejadian ribut.

Nabawan pulih daripada banjir, mangsa dibenar pulang ke rumah
Semua 187 orang daripada 51 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Nabawan telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah paras air di daerah itu menyurut.

187 orang dipindahkan akibat banjir di Nabawan
Semua mangsa dipindahkan ke PPS Gereja SIB Salarom Baru yang dibuka pukul 12.30 tengah malam tadi.

Kerajaan teliti dakwaan mangsa banjir di Seberang Takir tidak tersenarai penerima bantuan
Kerajaan Persekutuan akan meneliti dakwaan segelintir mangsa banjir di kawasan DUN Seberang Takir yang tidak tersenarai sebagai penerima bantuan walaupun sudah mendaftar di PPS.

Mangsa banjir Kanowit di Ngungun kembali ke rumah panjang
Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, susulan penutupan PPS tersebut, tiada PPS yang aktif pada masa ini.

Jumlah mangsa banjir di Kanowit semakin menurun
Seramai 62 orang daripada 29 keluarga masih ditempatkan di pusat itu berbanding 77 mangsa daripada 31 keluarga pada pagi tadi.

Banjir di Kanowit: 77 mangsa masih di PPS
Banjir tersebut dikatakan berlaku semalam apabila hujan turun tanpa henti sejak awal Sabtu lepas di kawasan Ulu Ngemah.

91 penduduk rumah panjang di Kanowit berpindah akibat banjir
Seramai 91 orang daripada 30 keluarga di rumah panjang di Kanowit terjejas banjir dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun.