awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Agong pada Istiadat Pembukaan Parlimen
Ketahanan bateri EV semakin baik, kajian tunjuk purata hayat cecah 13 tahun
Melaka umum cuti khas kepada penjawat awam pada 1 Ramadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Syria umum gencatan senjata, perjanjian integrasi antara kerajaan, SDF

Bernama
Bernama
19/01/2026
02:10 MYT
Presiden Syria umum gencatan senjata, perjanjian integrasi antara kerajaan, SDF
Anggota tentera berkawal di lintasan yang menghubungkan dua tebing Sungai Euphrates selepas SDF berundur, di Deir al-Zor, Syria, 18 Jan 2026. REUTERS
ISTANBUL: Presiden Syria Ahmad al-Sharaa mengumumkan pada Ahad satu perjanjian gencatan senjata menyeluruh dan integrasi penuh antara kerajaan Syria dan Pasukan Demokratik Syria (SDF), yang menggariskan langkah-langkah drastik untuk memulihkan kuasa negara di timur laut negara itu.
Anadolu Ajansi (AA) melaporkan, dengan memetik Agensi Berita Arab Syria (SANA), bahawa perjanjian itu memperuntukkan gencatan senjata segera dan menyeluruh di semua barisan hadapan dan garisan pertembungan antara pasukan kerajaan dan SDF.
Perjanjian tersebut akan berkuat kuasa selari dengan pengunduran semua formasi tentera yang bergabung dengan SDF ke kawasan timur Sungai Euphrates sebagai langkah persediaan untuk penempatan semula.
Di bawah perjanjian itu, wilayah Deir ez-Zor dan Raqqa akan diserahkan sepenuhnya dan serta-merta kepada kerajaan Syria, baik dari segi pentadbiran mahupun ketenteraan. Ini termasuk pemindahan semua institusi dan kemudahan awam di kedua-dua wilayah tersebut.
Perjanjian itu menetapkan bahawa kakitangan sedia ada di Deir ez-Zor dan Raqqa akan dikekalkan secara rasmi di bawah kementerian negara Syria yang berkaitan, dan kerajaan tidak akan mengambil tindakan punitif terhadap anggota SDF atau ahli pentadbiran awam di kedua-dua wilayah berkenaan.
Ia juga menetapkan integrasi semua institusi awam di wilayah Hasakah ke dalam institusi negara dan struktur pentadbiran Syria.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, kerajaan Syria akan mengambil alih kawalan ke atas semua lintasan sempadan serta medan minyak dan gas di wilayah tersebut. Tapak-tapak ini akan dikawal oleh pasukan Syria bagi memastikan hasil dikembalikan kepada negara, menurut SANA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syria
#gencatan senjata
#SDF
#Ahmad al-Sharaa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan