awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Besut tidak berubah

Sinar Harian
Sinar Harian
28/12/2022
01:50 MYT
Banjir di Besut tidak berubah
Pemantauan melalui udara menerusi helikopter Mi17 milik JBPM di kawasan Manir. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Keadaan banjir di Besut tidak berubah dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah itu setakat jam 8 pagi Rabu.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, sebanyak 12 keluarga kekal berlindung di Masjid Kampung La yang mula diaktifkan selepas banjir melanda kawasan tersebut.
"Seramai 53 penduduk masih ditempatkan di masjid itu.
"Keadaan cuaca sekarang cerah dan maklumat berkaitan banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Banjir yang melanda negeri ini pada minggu lalu menyebabkan lebih 40,000 penduduk terjejas di lapan daerah dipindahkan ke PPS.
Bagaimanapun, penduduk sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat susulan cuaca cerah.
Semua PPS yang dibuka di Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman telah ditutup sepenuhnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir
#mangsa
#PPS
#JPBN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan