KUALA LUMPUR:Enam negeri dilanda banjir dengan kejadian terbaharu di Kelantan dan Perak, manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara termasuk di Johor, Pahang, Terengganu dan Selangor terus meningkat seramai 16,546 orang, pagi ini.
Di KELANTAN, Gua Musang menjadi jajahan pertama dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak malam tadi dengan dua PPS dibuka bagi menempatkan 296 mangsa daripada 73 keluarga.
Berdasarkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 279 daripada 68 keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra 1 manakala 17 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Papan.
Menurut infobanjir.water.gov.my, paras Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 59.27 meter, setakat 8 pagi ini.
Tiga lagi sungai iaitu Sungai Lebir di Tualang dan Sungai Kelantan di Kuala Krai serta Sungai Galas di Dabong mencatatkan bacaan melepasi paras waspada.
Di PERAK, tiga daerah mula dilanda banjir menyebabkan 615 penduduk daripada 161 keluarga dipindahkan ke 10 PPS setakat 8 pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata Muallim menjadi daerah paling teruk terjejas banjir apabila 477 mangsa dipindahkan ke tujuh PPS.
Di daerah Kampar, 27 mangsa dari Kampung Batu 20 dipindahkan ke dewan kampung itu dan 26 mangsa dari Kampung Pasir Kuala Dipang dipindahkan ke Dewan Dato Azman Mahalan selepas rumah mereka dinaiki air.
"Di Hilir Perak pula, 85 mangsa dari Kampung SC Ayer Hitam, Kampung Tengah Ayer Hitam, Kampung Sungai Rambai Chikus dan Batu 9 Simpang 3, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan ditempatkan ke Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan," katanya.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 7,112 orang daripada 1,854 keluarga di lapan daerah setakat 8 pagi tadi, berbanding 6,391 orang malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor R Vidyananthan berkata setakat ini, 68 PPS dibuka dengan 20 di Kota Tinggi, Kluang (19), Johor Bahru (10), Mersing (enam), Kulai (lima), Segamat dan Pontian, masing-masing tiga dan dua di Batu Pahat.
Kluang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,527 orang, diikuti Kota Tinggi (2,029), Johor Bahru (1,279), Kulai (581), Mersing (513), Pontian (347), Batu Pahat dan Segamat, masing-masing 65 orang.
Sementara itu, tiga laluan di Kota Tinggi masih ditutup untuk semua kenderaan iaitu Jalan Sungai Sayong di Jambatan Sungai Sayong, Jalan Tun Sri Lanang di Bandar Kota Tinggi, Jambatan Jalan Semangar manakala Jalan Mawai Lama dibuka untuk laluan kenderaan berat sahaja.
Jalan Haji Suhud Taman Muhibbah, Johor Bahru masih ditutup untuk semua kenderaan berikutan jambatan runtuh manakala di Mersing, Jalan Jemaluang-Batu Pahat serta Jalan Kota Tinggi-Mersing dibuka untuk kenderaan berat sahaja.
"Sementara itu, Jalan Batu Pahat-Mersing di Ladang Pak Loh serta Jalan Batu Pahat-Kluang di Sekolah Menengah Kahang juga masih ditutup kepada kenderaan ringan. Jalan Batu Pahat-Mersing di Pertubuhan Peladang Negeri Johor dan Hock Huat ditutup untuk semua kenderaan," katanya.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS meningkat kepada 7,603 orang daripada 2,708 keluarga berbanding 3,979 orang, malam tadi.
Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat 7.30 pagi ini, 164 PPS telah dibuka membabitkan sembilan daerah terjejas di negeri itu.
Kuantan masih mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 2,174 orang diikuti Raub (1,401), Maran (943), Jerantut (878), Rompin (704), Lipis (684), Temerloh (509), Bentong (219) dan Pekan (91).
Portal berkenaan turut memaklumkan Sungai Semantan dan Sungai Pahang di daerah Lipis, Kuantan, Raub, Jerantut kini melepasi tahap bahaya.
Sementara itu, ANIH Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan laluan kilometer (KM) 84.6-84.7 (Lanchang) Lebuhraya Pantai Timur 1 di kedua-dua hala ditutup sepenuhnya mulai 11.30 malam tadi susulan limpahan air melibatkan kedalaman satu meter.
Pengguna dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu persimpangan Lanchang-Felda Lakum-Bukit Damar-Mempaga-Chinta Manis- Lebuhraya Kuala Lumpur Karak (KLK).
Bagi laluan Lanchang di KM113 hala Timur, lorong kiri dan kecemasan ditutup manakala bagi arah barat hanya lorong kecemasan sahaja ditutup susulan dinaiki air.
Di TERENGGANU, mangsa banjir meningkat kepada 804 orang daripada 205 keluarga setakat 8 pagi berbanding 138 orang pada petang semalam, menurut Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.
Beliau berkata di Kemaman, jumlah mangsa meningkat kepada 609 orang daripada 145 keluarga dengan penambahan lima PPS menjadikan keseluruhan enam PPS ketika ini di daerah itu.
"Di Dungun pula, mangsa bertambah kepada 195 orang daripada 60 keluarga berbanding 92 orang daripada 29 keluarga sebelum ini. Terdapat penambahan satu lagi PPS menjadikan jumlah keseluruhan PPS beroperasi ialah di tiga lokasi setakat ini," katanya kepada pemberita hari ini.
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan stesen bacaan di tiga sungai iaitu Sungai Tebak di Jambatan Tebak dan Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik di Kemaman serta Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun merekodkan kenaikan air sungai melebihi paras bahaya setakat 8 pagi ini.
Di SELANGOR, 116 mangsa banjir daripada 36 buah keluarga masih ditempatkan di dua PPS di Hulu Bernam setakat 8 pagi tadi.
Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN) Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir berkata kesemua mangsa banjir itu ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Baru A dan Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah Sungai Selisek.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021
Enam negeri dilanda banjir dengan kejadian terbaharu di Kelantan dan Perak. - Foto BERNAMA
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
Jumlah mangsa banjir di PPS Sarawak kekal 123 orang
Setakat 8 pagi ini, PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong masih menempatkan 90 mangsa daripada 21 keluarga.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.