awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Kedah makin pulih, 1,885 mangsa berada di PPS

Bernama
Bernama
26/09/2024
01:10 MYT
Banjir di Kedah makin pulih, 1,885 mangsa berada di PPS
Banjir di Kedah semakin pulih apabila hanya 1,885 mangsa daripada 593 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini, berbanding 2,366 orang daripada 736 keluarga malam tadi. - Gambar Bernama
ALOR SETAR: Banjir di Kedah semakin pulih apabila hanya 1,885 mangsa daripada 593 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini, berbanding 2,366 orang daripada 736 keluarga malam tadi.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa terlibat ditempatkan di 18 PPS di tiga daerah iaitu Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena.
Pendang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila terdapat 1,216 orang daripada 365 keluarga ditempatkan di 10 PPS diikuti Kota Setar sebanyak 605 mangsa daripada 203 keluarga di tujuh PPS dan Pokok Sena pula masih terdapat satu PPS dibuka yang menempatkan 64 mangsa daripada 25 keluarga.
Setakat semalam, sebanyak 4,769 mangsa telah mendaftar keluar daripada PPS.
Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), aras air di Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar berada pada paras amaran iaitu 1.58 meter. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kedah
#mangsa banjir
#Pusat Pemindahan Sementara
#banjir makin pulih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan