MALAYSIA
Banjir di Perak pulih, lebih 3,000 mangsa terjejas di Sabah dan Kelantan

Di Sabah, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,897 orang daripada 813 keluarga dari 107 kampung setakat 8 pagi ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Perak pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kuala Slim di daerah Muallim yang menempatkan 39 mangsa daripada 10 keluarga ditutup 8 pagi ini.
Ringkasan AI
- Perak pulih sepenuhnya: PPS terakhir di Muallim ditutup selepas banjir surut, membolehkan 39 mangsa daripada 10 keluarga pulang ke rumah masing-masing.
- Sabah masih terjejas: Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,897 orang dari 813 keluarga, dengan daerah Membakut, Penampang dan Putatan paling terkesan.
- Kelantan turut meningkat: Di Gua Musang, jumlah mangsa banjir di Felda Chiku 1 dan 2 naik kepada 212 orang, semuanya ditempatkan di satu PPS aktif.
Di SABAH, JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,897 orang daripada 813 keluarga dari 107 kampung setakat 8 pagi ini, berbanding 2,813 mangsa daripada 752 keluarga semalam.
Kesemua mereka berlindung di 22 PPS dan sebuah pusat pemindahan kekal (PPK) yang dibuka sejak 9 Sept di lima daerah.
Jawatankuasa itu memaklumkan daerah Membakut merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu sebanyak 931 orang daripada 277 keluarga, diikuti Penampang (809 orang, 220 keluarga) dan Putatan (559 orang, 140 keluarga).
Selain itu, PPS di Papar menempatkan sebanyak 317 orang daripada 87 keluarga serta 281 orang daripada 89 keluarga di Beaufort.
Sementara itu, di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di Felda Chiku 1 dan 2, Gua Musang meningkat kepada 212 orang setakat 9 pagi ini berbanding 70 orang semalam dan kesemua mereka ditempatkan di PPS Dewan Semai Bakti Felda Chiku 2.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami