awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sahkan laporan baharu amang seksual libat guru di Kampung Pandan

Bernama
Bernama
22/12/2025
06:44 MYT
Polis sahkan laporan baharu amang seksual libat guru di Kampung Pandan
Fadil (foto) berkata laporan dibuat oleh keluarga mangsa yang berusia 11 tahun, pada 1 tengah hari semalam di Balai Polis Pudu. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis menerima satu laporan baharu melibatkan seorang lagi murid lelaki yang mendakwa turut menjadi mangsa amang seksual oleh seorang guru yang sebelum ini ditahan atas tuduhan yang sama, di sebuah sekolah di Kampung Pandan, di sini.

Ringkasan AI
  • Polis menerima laporan baharu melibatkan mangsa amang seksual, seorang murid lelaki berusia 11 tahun, yang mendakwa diserang oleh seorang guru di sebuah sekolah di Kampung Pandan.
  • Suspek yang sama kini masih dalam tahanan reman sementara siasatan giat dijalankan terhadap kedua-dua laporan yang melibatkan kes ini.
  • Majlis Prihatin Insani bersama PERKEP Kuala Lumpur diadakan untuk menyalurkan sumbangan kepada warga Polis Diraja Malaysia, termasuk golongan asnaf dan anak istimewa, sebagai usaha menyantuni kebajikan keluarga polis.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata laporan dibuat oleh keluarga mangsa yang berusia 11 tahun, pada 1 tengah hari semalam di Balai Polis Pudu.
"Laporan ini melibatkan suspek yang sama dan kini masih dalam tahanan reman. Sehingga kini, siasatan melibatkan kedua-dua laporan masih giat dijalankan terhadap suspek.
"Kita berharap masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini tampil membantu pihak polis kerana kes sebegini memerlukan sokongan serta bantuan awam," katanya selepas Majlis Prihatin Insani Bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Pada Sabtu lepas, seorang guru lelaki berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di sekolah sama, selepas laporan polis yang diterima pada Jumaat lepas.
Suspek direman selama enam hari hingga 25 Dis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
Pada majlis sama, Fadil merakamkan penghargaan kepada Yayasan Al-Izuddin (YAIZ), MedicAid dan Kumpulan Sri Ternak atas kerjasama menyalurkan sumbangan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur menerusi penganjuran Majlis Prihatin Insani bersama PERKEP Kuala Lumpur.
Beliau berkata sumbangan itu disasarkan kepada warga polis Kuala Lumpur daripada golongan asnaf, termasuk mereka yang mempunyai anak istimewa, sebagai usaha menyantuni kebajikan keluarga polis.
Sementara itu, Pengerusi PERKEP Kuala Lumpur Datin Nurashidah Ishak berkata penganjuran majlis berkenaan bukan sekadar penyampaian sumbangan, sebaliknya manifestasi nilai kemanusiaan, kasih sayang dan tanggungjawab sosial yang perlu terus dipupuk dalam masyarakat.
"Sebanyak 96 anak asnaf dan 94 anak istimewa telah menerima sumbangan ini kerana mereka ini mempunyai hak untuk dihormati dan diberi peluang yang adil. Anak-anak istimewa hadir dengan keunikan tersendiri serta potensi besar sekiranya diberi sokongan dan kefahaman berterusan daripada semua pihak," katanya.
Nurashidah berkata PERKEP komited untuk terus menjadi pelengkap kepada usaha PDRM dalam menjaga kebajikan keluarga polis, khususnya isteri dan anak-anak.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang dilaporkan oleh keluarga mangsa yang berusia 11 tahun kepada polis? A: Mangsa dilaporkan menjadi mangsa amang seksual oleh seorang guru yang sebelum ini ditahan atas tuduhan yang sama.
  • Q: Berapakah usia seorang guru yang ditahan atas tuduhan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun? A: Guru yang ditahan berusia 40 tahun.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil terhadap suspek yang ditahan atas tuduhan amang seksual? A: Suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.
  • Q: Siapakah yang merakamkan penghargaan kepada Yayasan Al-Izuddin (YAIZ), MedicAid dan Kumpulan Sri Ternak atas kerjasama menyalurkan sumbangan kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur? A: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus.
  • Q: Berapa jumlah anak asnaf yang menerima sumbangan dalam Majlis Prihatin Insani bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kuala Lumpur? A: Sebanyak 96 anak asnaf menerima sumbangan.

Topic Berkaitan
#amang seksual
#Kampung Pandan
#Fadil Marsus
#laporan baharu
#Balai Polis Pudu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan