Banjir di Perak semakin buruk, lebih 1,700 mangsa dipindahkan

JPBN menjangkakan jumlah mangsa akan terus meningkat memandangkan beberapa PPS masih belum merekodkan angka rasmi. - Foto APM Perak
IPOH: Keadaan banjir di Perak terus memburuk apabila seramai 1,776 mangsa di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) serta Manjung telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 4 pagi, Jumaat.
Ringkasan AI
- Seramai 1,776 mangsa dari 609 keluarga ditempatkan di 23 PPS di Larut Matang, Selama dan Manjung setakat jam 4 pagi, Jumaat.
- Beberapa PPS masih belum merekodkan angka rasmi, menurut JPBN Perak.
- MetMalaysia menjangkakan ribut petir di kebanyakan daerah Perak sepanjang hari, termasuk Kampar, Padang Batang dan Muallim pada sebelah malam.
JPBN menjangkakan jumlah mangsa akan terus meningkat memandangkan beberapa PPS masih belum merekodkan angka rasmi.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir akan melanda kedua-dua daerah tersebut pada pagi dan petang Jumaat.
Met Malaysia turut menjangkakan ribut dan hujan di beberapa daerah lain di Perak pada waktu pagi dan petang, kecuali Kampar, Padang Batang dan Muallim.
Namun, ketiga-tiga daerah itu dijangka mengalami cuaca buruk pada sebelah petang dan malam.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


