awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Pulau Pinang beransur pulih

Bernama
Bernama
08/11/2017
01:45 MYT
Banjir di Pulau Pinang beransur pulih
Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter. - Gambar fail
Keadaan banjir di Pulau Pinang beransur pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan semakin berkurangan pagi ini.
Sehingga 6 pagi, sejumlah 3,482 orang daripada 914 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan berbanding 5,729 orang daripada 1,445 keluarga malam tadi.
Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata semua mangsa banjir itu ditempatkan di 25 pusat pemindahan di Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT).
"Seramai 2,588 orang berada di 13 pusat pemindahan di daerah SPU manakala 894 orang lagi di 12 pusat pemindahan di SPT," katanya di sini hari ini.
Cuaca di Pulau Pinang pagi ini cerah.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati penduduk yang telah pulang ke rumah mereka mula membersihkan rumah masing-masing dengan dibantu sukarelawan seawal pukul 7 pagi.
Mereka berharap lebih ramai sukarelawan dapat membantu penduduk kerana keadaan selepas banjir lebih teruk berbanding ketika air sedang naik malah rumah dipenuhi sampah dan lumpur.
Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.
Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan