awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Selangor dan Melaka semakin pulih

Bernama
Bernama
22/11/2012
03:55 MYT
Banjir di Selangor dan Melaka semakin pulih
Keadaan banjir di beberapa kawasan di Selangor dan Melaka semakin pulih dengan jumlah mangsa di pusat-pusat pemindahan terus berkurangan sejak semalam.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), di Selangor hanya satu pusat pemindahan masih aktif iaitu Dewan Genting Sanyen, Kuala Langat yang menempatkan 47 mangsa daripada 16 keluarga.
Pusat pemindahan banjir SK Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Kuala Langat telah ditutup pada 8 malam tadi.
Di Melaka, jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan setakat 10.42 pagi ini adalah seramai lapan orang daripada satu keluarga iaitu di SK Belimbing Dalam, Alor Gajah.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi portalnya meminta penduduk di sekitar Sungai Rembau di Titian Bintangor, Negeri Sembilan dan Sungai Pegalan di Ansip, Sabah supaya berwaspada.
Ini berikutan aras air Sungai Rembau di situ telah melebihi aras amaran manakala di Sungai Pegalan melebihi aras bahaya.
Topic Berkaitan
#banjir
#Johor
#Majlis Keselamatan Negara
#Melaka
#pemindahan
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan