BANGKOK:Banjir di Nakhon Si Thammarat di selatan Thailand meragut 17 nyawa dan merosakkan lebih 100,000 hektar kawasan tanaman dan ternakan ikan susulan hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari.
Banjir itu telah merosakkan jambatan, jalan raya dan infrastruktur lain di wilayah Nakhon Si Thammarat, kawasan paling teruk terjejas di selatan Thailand, serta menyebabkan berpuluh-puluh ribu orang terkesan.
Gabenor Nakhon Si Thammarat Kraisorn Wisitwong berkata sejumlah 144,000 hektar tanaman dan 32,000 kawasan ternakan ikan di wilayah itu turut terjejas.
"Saya dimaklumkan bahawa empat lagi mayat telah ditemukan di Nakhon Si Thammarat pagi tadi, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 17 orang," katanya.
Beliau berkata meskipun cuaca bertambah baik dan hujan sudah berhenti, air pasang menyebabkan kawasan rendah dan rawan banjir masih dilanda bencana itu.
Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana Thailand, enam wilayah di selatan Thailand iaitu Surat Thani, Phattalung, Songkhla, Krabi, Trang dan Nakhon Si Thammarat kekal ditenggelami air.
Media tempatan melaporkan bahawa beberapa penduduk kampung telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara seperti kuil dan sekolah susulan paras air yang masih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
![Banjir di selatan Thailand: Angka korban meningkat kepada 17 orang Banjir di selatan Thailand: Angka korban meningkat kepada 17 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607203081_floodedtown.jpg)
Situasi banjir di wilayah Nakon Si Thammarat di Thailand, 3 Dis, 2020. REUTERS
50 peratus jemaah Malaysia sempurnakan Nafar Awwal
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan sebahagian besar jemaah haji Malaysia musim 1445M/2024 selesai menyempurkan Nafar Awwal iaitu melontar jamrah pada dua daripada tiga hari tasyrik.
Ismail Sabri terima jemputan Putera Mahkota Arab Saudi
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin pelbagai negara yang menunaikan ibadah haji, menerima jemputan makan tengah hari bersama Putera Mahkota Arab Saudi.
Jumlah kenderaan di Malaysia (April 2024)
Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), jumlah jualan kenderaan di Malaysia melonjak 18 peratus kepada 68,665 unit pada Mei 2024.
[TERKINI] 514 penjawat awam sudah terima ganjaran lapor kes rasuah
Pemberi maklumat kepada kerajaan diberi ganjaran sama seperti tawaran suapan yang diterima kerana membantu dalam membanteras rasuah.
Rompakan kedai emas di Kajang libatkan kerugian RM3.2 juta
Polis mengesahkan rompakan bersenjatakan pistol di sebuah kedai emas di Plaza Metro Kajang pada petang Isnin melibatkan kerugian RM3.2 juta.
[TERKINI] Peniaga naikkan harga LPG beri alasan penyasaran subsidi diesel
KPDN mengeluarkan notis terhadap seorang peniaga selepas didapati menjual LPG melebihi harga kawalan ditetapkan.
![Kes hina monarki: Bekas PM Thailand Thaksin bebas dengan ikat jamin Kes hina monarki: Bekas PM Thailand Thaksin bebas dengan ikat jamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718711000_ThaksinShinawatra.jpg)
Kes hina monarki: Bekas PM Thailand Thaksin bebas dengan ikat jamin
Mahkamah berkata Thaksin telah menafikan semua pertuduhan dan memohon ikat jamin kerana faktor usia.
![Seorang daripada dua mangsa bot karam di Belaga ditemukan lemas Seorang daripada dua mangsa bot karam di Belaga ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718710891_mayat.jpg)
Seorang daripada dua mangsa bot karam di Belaga ditemukan lemas
Seorang daripada dua mangsa yang hilang dalam insiden bot karam di Long Menjawah, Belaga, pada Ahad ditemukan lemas, 50 meter dari lokasi kejadian, tengah hari tadi
AWANI Borneo [18/06/2024] - Polis buru suspek | Pemberian khas | Bantuan mesra rakyat
Awani Borneo Selasa, 18 Jun bersama Assim Hassan;
1. Dua lelaki diburu polis, rompak rantai emas peniaga
2. SLS dapat kebenaran cabar hak 40 peratus Sabah
3. Tidak lagi bimbang banjir, lapan sekeluarga terima rumah baru
1. Dua lelaki diburu polis, rompak rantai emas peniaga
2. SLS dapat kebenaran cabar hak 40 peratus Sabah
3. Tidak lagi bimbang banjir, lapan sekeluarga terima rumah baru
Tidak lagi diancam banjir, lapan sekeluarga terima rumah
Pasangan suami isteri ini tidak perlu lagi risau selepas menerima permohonan Bantuan Mesra Rakyat (BMR) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) diluluskan.
Kini kehidupan mereka sekeluarga tidak perlu lagi dalam ketakutan apabila setiap kali hujan lebat.
Kini kehidupan mereka sekeluarga tidak perlu lagi dalam ketakutan apabila setiap kali hujan lebat.
![Air surut, pembersihan rumah terjejas banjir di selatan Thailand bermula Air surut, pembersihan rumah terjejas banjir di selatan Thailand bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41704026029_TBNarathiwatBanjir.jpg)
Air surut, pembersihan rumah terjejas banjir di selatan Thailand bermula
Hujan lebat mengakibatkan banjir di lima wilayah selatan - Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun sejak 22 Disember lalu.
![Banjir di Wilayah Chaiyaphum, Thailand terburuk sejak 50 tahun Banjir di Wilayah Chaiyaphum, Thailand terburuk sejak 50 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664804419_banjirfloodgener.jpg)
Banjir di Wilayah Chaiyaphum, Thailand terburuk sejak 50 tahun
Banjir yang melanda wilayah timur laut Chaiyaphum di Thailand disifatkan sebagai antara yang terburuk pernah berlaku dalam tempoh 50 tahun.
![Lisa Blackpink bantu mangsa banjir Thailand Lisa Blackpink bantu mangsa banjir Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563348133_lalalalisam.jpg)
Lisa Blackpink bantu mangsa banjir Thailand
Tindakan penyanyi berusia 22 itu mendapat pujian peminatnya sehingga ada yang menggelarkan Lisa sebagai malaikat dan ratu Thailand.