awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wayang pacak tarik minat anak muda terhadap filem tempatan - Fahmi

Bernama
Bernama
15/09/2025
22:30 MYT
Wayang pacak tarik minat anak muda terhadap filem tempatan - Fahmi
Fahmi (tengah) beramah mesra dengan kanak-kanak yang hadir menyaksikan wayang pacak sempena Jelajah Festival Filem Malaysia Ke-34 di Dewan Tongga Kepala Batas, pada Isnin. - Gambar Bernama
KEPALA BATAS: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sokongan Kementerian Komunikasi menganjurkan tayangan wayang pacak bagi mendekatkan generasi muda dengan filem tempatan sekali gus mengeratkan hubungan masyarakat.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penganjuran program sebegitu penting khususnya di kawasan kampung kerana bukan sahaja memberikan hiburan, malah dapat menarik minat generasi muda terhadap karya tempatan.
"Saya lihat aktiviti seperti ini memberi kegembiraan dan mendekatkan lagi anak-anak dengan filem tempatan.
"Kita lihat ramai anak muda kini lebih ralit dengan peranti dan telefon tetapi menonton wayang pacak adalah aktiviti kemasyarakatan yang memberi limpahan positif dari segi sosial," katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin malam.
Fahmi hadir menyantuni penduduk di Permatang Bertam pada program berkenaan yang menayangkan filem 'Don Dukun' sempena Jelajah Filem Malaysia ke-34 anjuran FINAS.
Program yang bermula pada 9.15 malam itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.
Kira-kira 250 penduduk memeriahkan program itu yang turut diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia dengan pelbagai aktiviti komuniti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FINAS
#wayang pacak
#generasi muda
#filem tempatan
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan