awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, 19 cedera bas penumpang jatuh gaung di Guatemala
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Malik Streams
Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir di Terengganu semakin pulih

Bernama
Bernama
28/12/2025
02:00 MYT
Banjir di Terengganu semakin pulih
JPBN Terengganu memaklumkan, 78 orang daripada 20 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang ketiga di Terengganu semakin pulih apabila jumlah mangsa menurun kepada 138 orang daripada 35 keluarga setakat 9 pagi ini berbanding 419 orang daripada 107 keluarga pada petang semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, 78 orang daripada 20 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal dan SK Kompleks Mengabang Telipot.
Sebanyak 60 orang daripada 15 keluarga pula berlindung di PPS SK Chendering di sini sejak 26 Dis susulan hujan lebat dan air pasang besar.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan menyeluruh di semua kawasan seluruh Terengganu hari ini.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran Negara pada 26 Dis meramalkan banjir di lima daerah, iaitu Besut, Hulu Terengganu, Kemaman, Setiu dan Dungun hingga 30 Dis ini.
Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan bersedia untuk berpindah jika diarahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#banjir gelombang ketiga
#Pusat Pemindahan Sementara
#JPBN Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan