Perkembangan banjir di tiga negeri sehingga pagi ini semakin pulih. Mangsa di Kelantan berkurangan kepada 580 orang dan ditempatkan di 9 pusat pemindahan di Pasir Putih, Pasir Mas dan Tumpat.

Sementara di Terengganu sejumlah 26 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan. Mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di daerah Setiu.

Banjir di Perak juga semakin pulih dengan mangsa yang dipindahkan berbaki 111 orang dan ditempatkan di dua pusat pemindahan iaitu di Manjung dan Larut.