awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Empat lelaki diselamatkan selepas terperangkap di atas 4WD

Astro Awani
Astro Awani
09/12/2025
03:00 MYT
Banjir: Empat lelaki diselamatkan selepas terperangkap di atas 4WD
Pasukan bomba memindahkan mereka ke dalam bot penyelamat sebelum membawa mereka ke kawasan yang selamat. - Foto JBPM
NIAH: Empat lelaki berdepan detik cemas pagi tadi apabila terperangkap di atas sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang digenangi banjir di Jalan Penerangan, Sepupok Niah.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.09 pagi memaklumkan terdapat mangsa yang tidak dapat keluar akibat paras air yang meningkat secara mendadak di kawasan tersebut.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah yang diketuai Komander Operasi, PBK I Awang Azwan, bersama lima anggota, sebuah jentera Hilux dan sebuah bot penyelamat telah digerakkan ke lokasi kejadian.
Setibanya di lokasi, pasukan penyelamat mendapati kesemua mangsa masih berada di atas bumbung kenderaan mereka bagi mengelakkan arus banjir yang deras.
Pasukan bomba kemudian memindahkan mereka ke dalam bot penyelamat sebelum membawa mereka ke kawasan yang selamat.
Kesemua mangsa dilaporkan selamat dan operasi ditamatkan sejurus selepas misi penyelamatan selesai.
JBPM Sarawak dalam kenyataan sama turut menasihatkan orang ramai agar mengelakkan kawasan rendah dan laluan yang sering dinaiki air, serta sentiasa mematuhi arahan keselamatan terutamanya ketika cuaca tidak menentu.
Topic Berkaitan
#banjir
#terperangkap
#arus deras
#bumbung kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan