awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Giliran Kedah balas budi Selangor

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/12/2021
07:27 MYT
Banjir: Giliran Kedah balas budi Selangor
Kenderaan yang membawa peralatan untuk menyertai misi khidmat masyarakat dan bantuan banjir ke Selangor berlepas dari Alor Setar, Kedah menuju Selangor. - Gambar Astro AWANI
ALOR SETAR: Lebih 300 sukarelawan dari pelbagai agensi kerajaan di negeri ini menyertai misi khidmat masyarakat dan bantuan banjir ke Selangor bermula hari ini sehingga Selasa depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, misi itu merupakan usaha kerajaan negeri Kedah membantu meringankan bebanan mangsa-mangsa banjir di Selangor.
Menurut Muhammad Sanusi, kerajaan negeri dan masyarakat Kedah berhasrat membalas kembali budi rakyat negeri Selangor yang datang membantu mangsa banjir lumpur akibat fenomena kepala air di Yan pada 18 Ogos lalu.
Sehubungan itu, Muhammad Sanusi berharap misi bantuan seperti itu dapat menjadi budaya sihat dan subur di Malaysia.
“Saya harap misi ini menjadi satu budaya yang sihat dan subur dalam kalangan rakyat Malaysia di mana-mana sahaja, rakyat Malaysia di lokasi lain yang tidak terkena dengan musibah untuk sama-sama merasai menghulurkan tangan meringankan beban mereka yang ditimpa musibah,” kata beliau.
Menteri Besar berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelepasan Misi Bantuan 300 sukarelawan Kedah ke Selangor di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir ragut 46 nyawa, lebih 54,500 mangsa masih di PPS
Muhammad Sanusi berkata, beliau secara peribadi juga akan menyertai misi berkenaan esok selain menyerahkan replika cek sebagai simbolik penyerahan sumbangan RM200,000 kepada kerajaan Selangor.
Beliau memaklumkan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) antara pasukan terawal ke Selangor, membawa peralatan pam ke lokasi terjejas bagi menyedut air banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Setakat ini Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor sudah mengatur lokasi mereka untuk melakukan kerja-kerja di Kajang.
“JPS telah menghantar dua pam untuk sedut air di Taman Sri Muda (dan) saya difahamkan pihak SUK Selangor telah menyusun lokasi untuk petugas dari Kedah bertugas di kawasan Kajang,” ujar beliau lagi.
Dalam masa sama, Muhammad Sanusi menyeru mana-mana sukarelawan yang berhasrat menyambung bantuan selepas misi ini berakhir pada 28 Disember ini dialu-alukan.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kedah balas budi
#Selangor
#Banjir Taman Sri Muda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan