KOTA MARUDU: Perasaan lega ibu bapa di Kota Marudu yang membuat persiapan awal dalam menyediakan kelengkapan anak bagi sesi baharu persekolahan yang bermula 10 Jan depan bertukar buntu setelah semuanya rosak disaluti lumpur malah ada yang hanyut dibawa arus banjir.
Ada dalam kalangan mereka terpaksa bergegas meninggalkan kawasan kediaman sehingga tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting termasuk peralatan rumah dan kelengkapan sekolah seperti baju, kasut, beg dan peralatan menulis kerana air naik terlalu cepat susulan hujan berterusan sejak Jumaat lepas.
Suri rumah Faridah Zakaria, 37, ketika ditemui Bernama berkata semua kelengkapan sekolah yang dibeli untuk tiga anaknya sudah diletak di dalam kotak khas sementara menunggu sesi persekolahan bermula.
"Saya sudah simpan rapi di dalam satu kotak tetapi ia tidak dapat diselamatkan kerana kami sekeluarga terpaksa segera meninggalkan kawasan rumah memandangkan air banjir naik mendadak. Saya hanya sempat ambil bakul pakaian sahaja," katanya.
Ibu empat anak dari Kampung Kandawayon itu berkata walaupun dia hanya berbelanja sekitar RM150 bagi membeli barang keperluan sekolah terbabit namun ia satu jumlah yang besar bagi mereka kerana hanya bergantung kepada penjualan hasil pertanian secara kecil-kecilan.
SEMUA MAKLUMAT BERHUBUNG BANJIR 2021 DI SINI
"Suami saya seorang petani yang mengusahakan tanaman pisang dan padi dengan hasil pertanian mengikut musim.
"Pendapatan bulanan juga tidak menentu. Untuk persediaan persekolahan anak-anak pula, saya hanya membeli sepasang baju untuk setiap orang sebagai tambahan baju sedia ada," katanya.
Justeru, Faridah berharap ada pihak prihatin tampil menyalurkan bantuan kepada golongan seperti mereka yang terjejas akibat banjir bagi membantu meringankan beban dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak.
Harapan sama turut dizahirkan seorang ibu tunggal Crista Sulisu, 51, dari Kampung Marudu Darat kerana kelengkapan persekolahan tiga anaknya, masing-masing berumur lapan, 12 dan 14 tahun, hanyut dibawa arus dalam banjir mengejut itu.
"Saya membuat persiapan kelengkapan sekolah anak-anak sedikit demi sedikit hasil pendapatan sebagai anggota RELA. Sekarang saya tidak tahu mahu buat macam mana kerana tidak lama lagi sesi baharu persekolahan akan dibuka," katanya yang membelanjakan RM500 untuk membeli keperluan sekolah terbabit.
Lain pula bagi bapa enam anak Mohd Sewei Jamlimaimin, 48, dari Kampung Balagaton, yang optimis ada beberapa kelengkapan sekolah boleh dicuci dan dibersihkan walaupun disaluti lumpur memandangkan ia masih dibaluti plastik.
"Buat masa ini, saya baru menyediakan kelengkapan sekolah untuk tiga anak saya, jadi mana-mana barang yang masih boleh diguna pakai, kita akan cuci dan bersihkan.
"Lagi pun kalau mahu beli baharu, guna kos lagi, saya kurang berkemampuan kerana hanya buat kerja kampung, jadi pendapatan tidak menentu," katanya.
Mohd Sewei berkata dia tidak juga berharap kepada bantuan kerana mangsa banjir bukan sedikit dan banyak kampung terjejas.
"... tetapi sekiranya ada, syukur rezeki, lambat atau cepat, saya berterima kasih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Seorang nelayan, Jeffry Ongod dari Kampung Tinondulan Bodi memasang pukat untuk mencari rezeki di sebuah ladang kelapa sawit kampung itu pada Jan 3, 2022. - fotoBERNAMA

Pemain industri makanan perlu kerjasama jayakan pelaksanaan Menu Rahmah
Pengusaha makanan dan minuman perlu bekerjasama dalam menjayakan seruan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup menerusi pelaksanaan Program Menu Rahmah.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya.

Tze Yong wakil tunggal negara di Thailand Masters
Ng Tze Yong, menjadi wakil tunggal negara yang meneruskan perjuangan dalam saingan Thailand Masters.

Politik Pakistan | Polis Pakistan tahan bekas Menteri Kabinet Imran Khan
Polis Pakistan menahan ahli politik terkenal negara itu Sheikh Rashid Ahmed, Penahanan dibuat beberapa hari selepas beliau menuduh menuduh bekas Presiden Asif Ali Zardari terlibat cubaan membunuh bekas Perdana Menteri Imran Khan.

10 Berita Pilihan - (02 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Stadium Shah Alam | Kos akan diperincikan selepas selesai sesi libat urus
Kos pembangunan semula Stadium Shah Alam akan diperincikan selepas pameran dan sesi libat urus awam berkaitan stadium itu selesai, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Letupan Masjid | Pengebom bunuh diri berpakaian seragam polis
Pasukan penyiasat Pakistan mengesahkan pengebom bunuh diri di sebuah masjid di Peshawar memakai seragam pihak berkuasa itu ketika melancarkan serangan terbabit. Perkembangan mengenai tragedi yang mengorbankan hampir 100 nyawa itu dimaklumkan ketua polis daerah Khyber Pakhtun-Khwa, Moazzam Jah Ansari.

Ibadah Umrah | Hanya 10 peratus tiket dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengesahkan Amal By Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia. MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan 90 peratus kapasiti tiket berkenaan ditawarkan kepada jemaah Malaysia dan dilihat mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah tempatan yang dilesenkan kementerian itu.

COVID19 | Tiada jangkitan varian Omicron CH.1.1 dikesan di China
Tiada jangkitan COVID-19 tempatan dikaitkan dengan varian Omicron CH.1.1 dan sub variannya ditemui di tanah besar China setakat ini, Pengesahan dibuat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China (CDC).

Krisis Teluk | Angelina Jolie lawat kubur mangsa pembunuhan Daish
Bintang Hollywood Angelina bertemu keluarga mangsa pembunuhan beramai-ramai militan Daish di Kampung Kocho, wilayah Sinjar, Iraq. Bekas Duta Khas untuk Agensi Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNHCR) itu ditemani pemenang hadiah Nobel, Nadia Murad.

Banjir: Ibu bapa buntu kelengkapan sekolah anak musnah
Perasaan lega ibu bapa di Kota Marudu yang membuat persiapan awal dalam menyediakan kelengkapan anak bagi sesi baharu persekolahan yang bermula 10 Jan depan bertukar buntu setelah semuanya rosak.

Banjir Sabah: Jumlah mangsa meningkat kepada 3,398 setakat 12 tengah hari
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh Sabah meningkat setakat 12 tengah hari ini kepada 3,398 orang.