SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) buat pertama kali mewujudkan pusat operasi medan yang berupa Jabatan Kecemasan 'mini' di kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pusat operasi yang sudah mula beroperasi sejak Isnin lalu itu mampu memberi rawatan kepada 50 pesakit sehari dengan menempatkan 10 katil.
Dengan adanya pusat operasi ini, beliau memberitahu, mangsa-mangsa banjir tidak lagi perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan ringan seperti penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bencana itu.
"Malah mangsa yang sedang mengambil ubat bagi penyakit seperti kencing manis dan sebagainya juga boleh mendapatkan ubat mereka di sini. Hanya kes-kes berat seperti pendarahan dan sakit jantung akan dirujuk ke hospital.
"Pun begitu, rawatan awal akan diberikan di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Emerald di Taman Sri Muda di sini, pada Rabu.
Terdahulu, Dr Noor Hisham meninjau kelengkapan kesihatan rawatan awal di pusat operasi medan di Jambatan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pusat operasi yang beroperasi 24 jam itu adalah cetusan idea Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, ketika beliau mengadakan lawatan ke Taman Sri Muda, di sini yang terjejas teruk akibat banjir, Ahad lalu.
Menurutnya lagi, Jabatan Kecemasan 'mini' itu mempunyai doktor pakar dan pegawai perubatan KKM, sama seperti hospital itu akan dibuka sehingga PPS ditutup dan bilangan kepakaran bergantung kepada kapasiti mangsa-mangsa setempat.
"Setakat ini kita sudah ada dua pusat operasi yang sudah beroperasi dan tiga lagi akan dibuka di kawasan Lembah Klang yang terjejas akibat banjir," katanya lagi.
Ditanya sama ada pusat operasi yang sama akan diperluaskan di negeri-negeri lain yang turut terjejas akibat banjir, beliau memberitahu, buat masa ini KKM akan berfokus kepada Lembah Klang.
"Negeri-negeri lain yang selalu dilanda banjir seperti Pahang, Kelantan dan Terengganu sudah biasa dengan kedaan ini dan mereka mempunyai pasukan bantuan di lapangan," tambahnya lagi.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan akan meninjau tiga buah hospital di sekitar kawasan banjir termasuk Hospital Shah Alam, Hospital Banting dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pada Rabu bagi mendapat perincian mengenai kesiapsiagaan untuk menerima mangsa banjir.
Dalam pada itu, menyentuh mengenai COVID-19, beliau memberitahu, mangsa yang akan ditempatkan di PPS akan menjalani ujian saringan awal menggunakan kit ujian pantas (RTK) antigen atau menggunakan sampel air liur bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan itu.
Umavathi Ramayah
Wed Dec 22 2021
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meninjau kelengkapan kesihatan rawatan awal di pusat operasi medan di Jambatan Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada Rabu.
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Banjir: Jabatan Kecemasan 'mini' dibuka 24 jam, tidak perlu ke hospital lagi - Dr Noor Hisham
Pusat operasi yang sudah mula beroperasi sejak Isnin lalu itu mampu memberi rawatan kepada 50 pesakit sehari dengan menempatkan 10 katil.