awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
Proses pengundian PRU Jepun bermula
Dua letupan kecil dalam operasi kebakaran tanah gambut di Muar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: JAKOA hantar bantuan makanan menerusi rakan strategik

Bernama
Bernama
28/12/2023
03:50 MYT
Banjir: JAKOA hantar bantuan makanan menerusi rakan strategik
Sebahagian kenderaan yang melalui jalan Lojing - Pos Blau - Kuala Betis, terkandas apabila air melimpah di atas jalan ekoran hujan lebat. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan menghantar bantuan bekalan makanan ke tujuh pos masyarakat Orang Asli di jajahan Gua Musang yang terjejas banjir melalui bantuan rakan strategik.
Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan JAKOA Mohd Zamri Mustajap berkata masalah jalan perhubungan yang terputus untuk ke pedalaman merupakan antara faktor yang menyebabkan pihaknya memerlukan bantuan agensi dan rakan strategik bagi tujuan tersebut.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan memerlukan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menghantar bantuan melalui jalan udara ke penempatan di pedalaman termasuk Pos Hau, Pos Tohoi, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Bihai, Pos Simpor dan Pos Gob yang membabitkan lebih 1,000 keluarga.
"Tujuh pos di kawasan pedalaman mungkin akan menggunakan khidmat agensi atau rakan stategik lain seperti JBPM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Semua ini kami akan bincangkan esok dengan pembekal dan agensi terbabit. Tetapi untuk kawasan yang terpaksa menggunakan khidmat udara, kami terpaksa mengadakan rundingan bersama mereka yang akan berkait dengan keadaan cuaca dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis, di sini semalam.
Menurut Mohd Zamri pengagihan bantuan bakul makanan telah pun bermula semalam di beberapa penempatan yang dapat disampaikan melalui jalan darat.
"Hari ini lebih 200 bakul makanan diagihkan kepada penduduk yang terkesan akibat banjir dan saya harap ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga mangsa," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) RPS Kuala Betis Sudin Rigen, 47, bersyukur penduduk di tanah rancangan tersebut tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan perhatian dari agensi tersebut.
"Kami berterima kasih atas keprihatinan pihak JAKOA untuk kami di sini. Kami amat menghargai usaha JAKOA menjaga kebajikan Orang Asli semenjak hari pertama ditempatkan di pusat pemindahan sementara," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#monsun timur laut
#bantuan
#Orang Asli
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan