NATIONAL
Banjir: JBPM Johor tubuhkan dua Pasukan Gerak Cepat

Johor Bahru terus menjadi daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,291 orang daripada 1,138 keluarga di 27 PPS. - Sumber foto JBPM
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah menubuhkan dua Pasukan Gerak Cepat di Johor untuk diatur gerak dalam operasi banjir sekiranya situasi di negeri itu semakin buruk.
Ringkasan AI
- Keadaan banjir di Johor makin buruk dengan jumlah mangsa banjir meningkat melebihi 10,000 orang setakat jam 8 pagi tadi, berbanding 3,964 orang malam tadi.
"(Setakat ini) kawasan terjejas banjir di Johor itu majoritinya adalah kawasan yang telah dijangka oleh JBPM,” katanya kepada pemberita selepas Ops Siaga Raya sempena Aidilfitri 2025 bermula 29 Mac hingga 3 April pada Jumaat.
Beliau berkata, situasi banjir di Johor terkawal dan keutamaan pihaknya pada masa ini adalah menyelamatkan mangsa dalam kategori terlantar, warga emas dan kanak-kanak.
Keadaan banjir di Johor semakin memburuk dengan jumlah mangsa banjir meningkat melebihi 10,000 orang setakat jam 8 pagi tadi, berbanding 3,964 orang malam tadi.
Pada Jumaat, mangsa banjir di lima daerah terjejas mencecah 10,763 orang daripada 3,018 keluarga yang kini ditempatkan di 98 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor Bahru, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Pontian.
Johor Bahru terus menjadi daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,291 orang daripada 1,138 keluarga di 27 PPS.
"Kluang pula merekodkan jumlah 2,163 mangsa banjir membabitkan 635 keluarga ditempatkan di 27 PPS," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Setakat ini, Kota Tinggi mencatatkan 1,761 mangsa (504 keluarga) di 17 PPS, Pontian (1,395 mangsa 387 keluarga) di 19 PPS, manakala jumlah mangsa banjir di Kulai pula kini mencecah 1,152 orang dan membabitkan 354 keluarga di lapan PPS.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami