KUALA LUMPUR: Cara kerajaan mendepani masalah banjir di Johor kali ini lebih teratur, kata Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn.
Jelasnya, keseluruhan jentera kerajaan telah dikerah untuk mengambil peranan dalam kepelbagaian keperluan berkaitan masalah banjir di Johor.
"Pembabitan awal Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menitah jabatan-jabatan di Johor serta Pegawai Daerah juga menjadikan sebahagian daripada persiapan kelihatan berdaya kali ini.
"Banyak iktibar yang diambil daripada kejadian banjir di Lembah Klang minggu lalu. Kita lihat bagaimana lancarnya aset kerajaan digunakan terutamanya daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bomba dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
BACA: Mangsa banjir di 4 negeri meningkat
BACA: Luruan monsun dijangka berakhir, cuaca Semenanjung bertambah baik pada Rabu
Dalam pada itu Bastien berharap tahap kesiapsiagaan seperti yang dipraktikkan kali ini dikekalkan.
Bastien turut memberi peringatan bahawa perubahan iklim dunia merupakan cabaran di masa hadapan.
"Anak-anak muda harus memainkan peranan menjaga alam sekitar dan sentiasa waspada agar impak daripada perubahan ini dapat dikurangkan," ujarnya.
[LAPOR LANGSUNG] Paras sungai tahap bahaya, penduduk di lima negeri diminta waspada
Terdahulu, Bastien yang juga Ketua Pemuda UMNO Segamat bersama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein melawat mangsa banjir di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tambang pada petang Isnin.
Bastien memaklumkan kepada Hishammuddin tentang pentingnya pembabitan tentera bersama asetnya apabila menghadapi bencana.
"Rakyat berasa lebih selamat apabila melihat seragam hijau di samping mereka ketika musim-musim hujan begini.
"Kita lihat ramai pemimpin yang turun, jadi banyaklah perkara yang dapat disampaikan rakyat," katanya.
Kehadiran Hishammuddin dan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad di SK Tambang, Segamat telah memberi peluang kepada ramai mangsa untuk mengadu permasalahan yang dihadapi.
Di Johor, jumlah mangsa meningkat kepada 4,278 orang setakat 4 petang Isnin berbanding 4,062 orang tengah hari, dengan Muar menjadi daerah terbaharu terjejas banjir.
Sementara, jumlah mangsa banjir di PPS di Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan terus mencatat peningkatan petang ini, manakala Selangor kekal dan Sabah merekodkan penurunan.
Astro Awani
Mon Jan 03 2022
Bastien (dua kiri), Hasni (tengah) dan Hishammuddin (depan) ketika melawat mangsa banjir di PPS SK Tambang pada petang Isnin. - Foto Pemuda UMNO Segamat
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Saluran radio Astro kekal pilihan nombor 1 di Malaysia - Kajian RAM
Kajian Radio Audience Measurement (RAM) pertama yang dijalankan bagi tahun 2024 menunjukkan saluran-saluran Astro Radio mencapai 7O peratus pendengar di Semenanjung Malaysia.
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menerima lebih 20 panggilan penyelamatan dan khidmat khas sejak banjir melanda daerah ini pada Khamis lalu.
Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika memandu di laluan Felda Sungai Mas menghala ke Lok Heng.
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.
'Oyen' tak mahu makan, ‘terkejut’ jadi mangsa banjir
Bila cerita perihal banjir, bukan hanya manusia, haiwan termasuk kucing peliharaan pun turut sama terkesan.