KLUANG: Lebih 2,000 pekerja ladang dan penduduk di perkampungan Orang Asli di Kahang, dekat sini, 'terputus hubungan' akibat jalan penghubung ke kawasan berkenaan ditenggelami air akibat banjir, hari ini.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata jumlah berkenaan membabitkan 1,700 pekerja di 14 ladang dan 647 penduduk dari enam perkampungan Orang Asli.
Beliau berkata enam kampung yang terlibat adalah Kampung Orang Asli Pucur, Peroh, Sengka, Air Pasir Batu 17, Berasau dan Sedohok. Pemantauan dan usaha menghulurkan bantuan makanan serta keperluan akan dilakukan pagi esok.
"Bagaimanapun, komunikasi melalui telefon tidak terputus, kami sudah bertanya tentang bekalan makanan, yang dijangka mampu bertahan sehingga esok.
"Kami akan berusaha dapatkan bantuan termasuk helikopter, bergantung keadaan cuaca kerana jarak untuk memasuki kawasan yang terputus itu tidak sampai satu kilometer," katanya kepada pemberita di Balai Polis Kahang, di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya disertai beberapa lagi agensi akan cuba masuk esok pagi dengan membawa bekalan makanan dan beberapa keperluan lain, yang kini hanya boleh dilalui oleh bot atau helikopter.
Sementara itu, Kamarul Zaman berkata seramai 12,400 pegawai dan anggota pasukan keselamatan dan penyelamat telah diletakkan dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi bencana di negeri itu.
Beliau berkata daripada jumlah berkenaan, seramai 8,000 pegawai dan anggota serta 200 kenderaan pelbagai jenis telah digerakkan ke lokasi banjir dan pusat pemindahan sementara (PPS).
"Pasukan keselamatan dan penyelamat ini terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA); Angkatan Tentera Malaysia (ATM); Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM); Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)," katanya.
Sementara itu, pihaknya turut menasihati mangsa banjir agar berpindah ke PPS yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa serta tidak perlu bimbang dangan keselamatan kediaman kerana polis akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 25 2023

Polis serta beberapa lagi agensi akan cuba membawa masuk bekalan makanan dan beberapa keperluan lain esok. - Gambar hiasan

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Mangsa banjir di Sabah, Johor menurun, Pahang kekal
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor merekodkan penurunan manakala Pahang kekal dengan 314 mangsa malam ini.

Tidak perlu laksana darurat bencana, banjir cuma libatkan beberapa negeri sahaja - Ahmad Zahid
Kerajaan tidak berhasrat melaksanakan darurat bencana kerana kejadian banjir ketika ini hanya melibatkan beberapa negeri dan daerah tertentu sahaja.

Risiko banjir kilat di tiga negeri dalam tempoh 12 jam
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam di beberapa daerah melibatkan Johor, Pahang dan Sarawak.

Banjir: Empat negeri terkesan, Sabah paling terjejas - Armizan
Dalam pada itu, negara kini dilanda episod hujan lebat berterusan ketiga yang bermula sejak 19 Januari lalu, dengan luruan Monsun dijangka berterusan sehingga 4 Februari.

Banjir New Zealand: 3 maut, 1 hilang selepas kejadian hujan lebat di Auckland
Hujan lebat berterusan telah membuatkan lebuh raya ditutup dan aliran bah memasuki kawasan perumahan.

Hampir 14,000 mangsa banjir di tiga negeri berlindung di PPS
Mersing kekal dengan jumlah mangsa paling ramai melibatkan 1,792 orang, diikuti Kluang (780), Kota Tinggi (417), Batu Pahat (209), Segamat (115) dan Tangkak (15).

Mangsa banjir di Johor meningkat semula kepada 3,480
Mangsa banjir melibatkan 960 keluarga dari enam daerah iaitu di Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat dan Tangkak.

Banjir Pahang: Jumlah mangsa meningkat, 353 ditempatkan di 4 PPS
Paras Sungai Keratong itu merekodkan bacaan 24.36 meter berbanding paras bahaya ditetapkan ialah 23 meter.

Nelayan terperangkap 3 hari di pulau selepas hanyut banjir
Jaikon Majumban dikatakan hanyut ketika banjir besar berlaku semasa dia sedang membersihkan perahunya kira-kira jam 6.45 pagi Rabu lalu.