awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Johor: Lebih separuh menara telekomunikasi terjejas selesai dibaik pulih

Bernama
Bernama
13/03/2023
07:47 MYT
Banjir Johor: Lebih separuh menara telekomunikasi terjejas selesai dibaik pulih
Fahmi berkata, ketika ini, cuma menara telekomunikasi yang terjejas di Batu Pahat belum boleh dipulihkan kerana kawasan berkenaan masih dilanda banjir. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Lebih separuh daripada 160 menara telekomunikasi yang terjejas akibat banjir di Johor berjaya dipulihkan setakat semalam, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata setakat ini, cuma menara telekomunikasi yang terjejas di Batu Pahat belum boleh dipulihkan kerana kawasan berkenaan masih dilanda banjir.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia juga maklum kita dah kenal pasti beberapa menara yang perlu dilakukan proses site heightening bagi mengelakkan ia terjejas lagi sekiranya banjir melanda pada masa akan datang.
"Setakat ini, ia prosedur yang berjaya kita lakukan di Kelantan dan Terengganu, kawasan yang kerap banjir, di Johor kita akan teliti trend dan kawasan yang berisiko bagi pastikan kita dapat tinggikan kedudukan menara di sebanyak mungkin lokasi," katanya.
Fahmi ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir kepada mangsa terjejas di negeri ini selain mengadakan lawatan ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Sungai Tiram di sini hari ini.
Fahmi berkata pihaknya akan berhubung dengan Kementerian Pendidikan bagi mencadangkan PEDi yang terdapat di negeri itu dijadikan pusat pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi murid-murid yang sekolah mereka masih belum dibuka akibat banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara.
"Ketika ini kita masih kumpul maklumat bagi mengetahui sekolah mana yang masih terjejas, murid-murid dan kawasan PEDi mana yang berhampiran dengan mereka dan boleh digunakan," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai hasil pertemuan dengan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam, Fahmi berkata kementerian dan kerajaan negeri Johor bersetuju menubuhkan satu Task Force bagi menangani isu-isu berkaitan telekomunikasi di Johor.
Katanya mesyuarat pertama Task Force berkenaan telah berlangsung hari ini dengan kementerian diwakili Ketua Setiausaha Datuk Seri Mohammad Mentek.
"Ini perintis (task force dengan kerajaan negeri), sekiranya ia berjaya menyelesaikan isu-isu di sini, kita akan laksanakan inisiatif sama di negeri lain pada masa akan datang," katanya.
Ditanya mengenai kes pelakon Kamal Adli dipukul individu tidak dikenali sewaktu menghadiri program di Singapura yang tular di laman sosial malam tadi, Fahmi berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh berkaitan perkara berkenaan, namun menegaskan keselamatan semua pihak termasuk golongan artis adalah satu perkara penting.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#banjir johor
#menara telekomunikasi
#baik pulih kerosakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan