KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang, Johor, Kedah dan Terengganu semakin berkurangan dengan 3,662 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) pada malam ini, berbanding 5,134 mangsa petang tadi.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus menurun dengan 3,585 mangsa daripada 1,046 keluarga masih berada di 23 PPS, berbanding 5,021 mangsa daripada 1,489 keluarga di 28 PPS pada petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Pahang melaporkan di Kuantan, 19 PPS masih beroperasi bagi menempatkan 3,466 mangsa manakala 119 mangsa berada di empat PPS di Pekan.
Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan paras Sungai Belat di Sri Damai, Kuantan dan Sungai Keratong di Rompin direkodkan masih melepasi paras bahaya.
Di JOHOR, keadaan banjir semakin pulih dengan jumlah mangsa terus menyusut kepada 33 mangsa setakat 8 malam ini berbanding 59 mangsa pada 4 petang tadi dengan sebuah PPS di Daerah Batu Pahat ditutup.
JPBN Johor memaklumkan hanya dua PPS masih dibuka, masing-masing satu di Daerah Segamat dengan 26 mangsa daripada sembilan keluarga dan di Mersing dengan tujuh mangsa daripada satu keluarga.
Keadaan cuaca di semua daerah di negeri ini diramalkan cerah pada malam ini manakala paras Sungai Bekok di Batu Pahat dilaporkan masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 18.94 meter.
Di KEDAH, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan PPS Sekolah Menengah Agama Madrasah Insaniah Jangkang, dekat Kulim kekal 26 orang, setakat pukul 8 malam ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kulim Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata kesemua mangsa daripada lapan keluarga masih ditempatkan di PPS berkenaan yang dijangka akan dibuka sehingga sehingga tebing Sungai Kob yang runtuh dibaiki Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir di Daerah Kemaman berkurangan dengan hanya 18 orang ditempatkan di satu PPS malam ini.
JPBN Terengganu dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa daripada enam keluarga itu ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023
Di Kuantan, 19 PPS masih beroperasi bagi menempatkan 3,466 mangsa manakala 119 mangsa berada di empat PPS di Pekan. - Gambar hiasan
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.