awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun pagi ini

Bernama
Bernama
09/04/2025
03:45 MYT
Banjir: Jumlah mangsa di Johor menurun pagi ini
Kesemua mangsa dari Batu Pahat dan ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading. - Gambar fail/Bernama
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor menurun hari ini, dengan 309 orang daripada 104 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi, berbanding 318 orang daripada 107 keluarga direkodkan semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan hari ini, berkata kesemua mangsa dari Batu Pahat dan ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Gading.
"Mereka adalah penduduk Kampung Baharu Sri Gading, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan," katanya.
Beliau berkata laporan menunjukkan Sungai Senggarang, Batu Pahat masih berada pada paras amaran dengan bacaan 3.18 meter manakala Sungai Batu Pahat merekodkan paras waspada dengan bacaan 2.30 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir johor
#Batu Pahat
#mangsa banjir
#PPS
#pusat pemindahan
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan