KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor, Selangor, Kelantan, Sarawak dan Perak menunjukkan trend menurun, manakala Melaka kekal sementara banjir di Pahang sudah pulih, setakat 9 malam ini.
Di JOHOR, jumlah mangsa banjir kilat menurun kepada 283 orang setakat 8 malam ini berbanding 289 orang pagi tadi, susulan penutupan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Utama Kampung Ithnin Maarof, Kluang.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan, kesemua mangsa terdiri daripada 71 keluarga itu ditempatkan di empat PPS yang masih beroperasi.
"Seramai 39 orang ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak dan 14 orang masih berada di Dewan Komuniti Tasek, Segamat, manakala di Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat dan Sekolah Agama Simpang 5 Darat, Tangkak menempatkan mangsa masing-masing 122 dan 108 orang.
"Kesemua mangsa masih belum dibenarkan pulang berikutan banjir termenung," menurut kenyataan jawatankuasa itu dalam satu kenyataan hari ini.
Daerah Batu Pahat, Segamat dan Tangkak mengalami hujan, manakala tujuh daerah lain dilaporkan cerah.
Di SELANGOR, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Selangor melaporkan, setakat 7.40 malam tadi jumlah mangsa banjir menurun kepada 1,153 mangsa dari 298 keluarga berbanding 1,625 individu membabitkan 401 keluarga pagi tadi.
Sebanyak 16 PPS masih dibuka iaitu enam di Sepang, empat di Kuala Selangor, tiga di Klang, dua di Sabak Bernam dan satu di Kuala Langat.
Di KELANTAN jumlah mangsa banjir termenung di Rantau Panjang, Pasir Mas semakin berkurang kepada 667 orang membabitkan 234 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 1,053 orang daripada 364 keluarga pagi tadi.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa banjir itu kini ditempatkan di empat PPS di Pasir Mas iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, SK Kubang Kual, PPS Putat Tujoh dan SK Gual Periok.
Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan, hanya PPS Dewan Kompleks ICQS Tedungan di Limbang yang beroperasi di negeri itu.
Menurut jawatankuasa berkenaan, sejumlah tiga mangsa banjir terdiri daripada sebuah keluarga ditempatkan di situ setakat 7 malam ini.
Di PERAK, mangsa banjir menurun kepada 844 orang daripada 239 keluarga setakat 8 malam, berbanding 856 orang daripada 235 keluarga pagi tadi.
Tiga PPS telah ditutup iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Baru Trong, Larut Matang dan Selama (LMS); Dewan Orang Ramai Kuak Luar, Hulu Perak dan Dewan Orang Ramai Kampung Piandang, Kinta, menjadikan hanya 10 PPS yang masih beroperasi menempatkan kesemua mangsa banjir.
Beberapa daerah terus merekodkan peningkatan mangsa banjir khususnya di daerah Hilir Perak iaitu PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) Batu 4 dan Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak serta SMK Layang-Layang Kiri, SK Layang-Layang Kiri dan SK Titi Gantong di daerah Perak Tengah.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir kekal 44 orang membabitkan 10 keluarga setakat 8 malam ini, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka.
Sekretariat itu dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mangsa terjejas dari daerah Alor Gajah, ditempatkan di PPS di Dewan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal.
Kesemua mangsa yang terjejas itu adalah dari Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau, Kampung Belimbing, Kampung Panchor dan Lubok China.
Di PAHANG, kesemua 10 PPS ditutup secara berperingkat antara 2.30 petang hingga 4 petang dan kesemua 347 mangsa banjir telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2022

Jumlah mangsa banjir di Johor, Selangor, Kelantan, Sarawak dan Perak menunjukkan trend menurun, manakala Melaka kekal sementara banjir di Pahang sudah pulih, setakat 9 malam ini. - Gambar fail/BERNAMA

Bengkel SPM berasingan: Isu sudah diselesaikan secara baik - Fadhlina
Isu penganjuran bengkel Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara berasingan anjuran sebuah sekolah menengah di Johor sudah diselesaikan secara baik.

Lawatan PM ke Singapura | Selesaikan isu-isu yang berbangkit
Hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura seringkali terjejas akibat beberapa isu yang timbul, kata Penganalisis Politik UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

Penasihat kanan PM | Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah mengesahkan beliau telah dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Januari lalu. Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat pendedahan itu dalam satu temu bual bersama akhbar The Star.

Pertikaian Cukai | Rishi Sunak pecat Pengerusi Parti Konservatif
Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak memecat Pengerusi Parti Konservatifnya, Nadhim Zahawi, pada Ahad. Tekanan meningkat ke atas Nadhim selepas timbul dakwaan beliau menyelesaikan bil cukai jutaan dolar yang belum dibayar, semasa beliau menjaga portfolio Perbendaharaan Negara.
![[TERKINI] Perdana Menteri pertahan lantikan Nurul Izzah [TERKINI] Perdana Menteri pertahan lantikan Nurul Izzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007116/11199715851674995926303_640x360.jpg)
[TERKINI] Perdana Menteri pertahan lantikan Nurul Izzah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan lantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan bagi Ekonomi dan Kewangan. Jelasnya, lantikan itu dibuat atas dasar pelawaan dan tanpa elaun.
![[TERKINI] Sea Limited komited mengembangkan pelaburan di Malaysia [TERKINI] Sea Limited komited mengembangkan pelaburan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007115/11199716141674995771226_640x360.jpg)
[TERKINI] Sea Limited komited mengembangkan pelaburan di Malaysia
Sea Limited, sebuah syarikat internet global terkemuka yang berpangkalan di Singapura, yang juga merupakan syarikat induk bagi Shopee, memberi komitmen untuk mengembangkan pelaburannya di Malaysia, dan bakal mewujudkan lebih 2,000 pekerjaan langsung. Sea mengendalikan tiga teras perniagaan merangkumi hiburan digital, e-dagang, serta pembayaran digital dan perkhidmatan kewangan yang dikenali sebagai Garena, Shopee dan SeaMoney.

Palestin-Israel | Netanyahu ikrar bertindak segera dan tegas
Palestin lancarkan serangan balas, susulan serbuan yang dijalankan Israel di Tebing Barat pada Jumaat, yang mengorbankan sekurang-kurangnya sepuluh orang termasuk warga emas. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata pada Sabtu pihaknya akan bertindak segera dan tegas.

Penasihat Kanan | Saya pelawa Nurul Izzah, tiada elaun - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas berhubungan pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan. Katanya, pelantikan itu tidak melibatkan bayaran elaun. Dan beliau sendiri mempelawa Nurul Izzah untuk membantunya sebagai Penasihat Kanan.

Politik | Terima ahli UMNO dipecat perlu ambil kira pimpinan PH
Keputusan untuk menerima pimpinan UMNO yang dipecat untuk menyertai parti dalam Pakatan Harapan (PH) akan mengambil kira pandangan pimpinan setiap parti komponen dalam gabungan itu. Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH.

Konser ARR | Vokal, sebutan Siti Nurhaliza 'kejutkan' penonton
Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin memukau lebih 60,000 penonton yang hadir KOnsert AR Rahman - Secret Of Success - Live in Malaysia 2023 pada Sabtu menerusi dendangan lagu Tamil Munbe Vaa.

Jumlah mangsa banjir di Pahang menurun, 200 berlindung di tiga PPS
anya tinggal 200 mangsa daripada 63 buah keluarga di tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Rompin sehingga jam 12 tengah hari.

Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal
JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Pitas dan Lahad Datu dijangka kekal, manakala di Paitan mungkin menurun hari ini.

Mangsa banjir di Sabah, Johor menurun, Pahang kekal
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Johor merekodkan penurunan manakala Pahang kekal dengan 314 mangsa malam ini.

Mangsa banjir di Sabah dan Pahang meningkat, Johor semakin baik
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang terus meningkat manakala di Johor mula menunjukkan trend penurunan setakat jam 8 malam ini.

49 sekolah terlibat banjir di Sabah
Sebanyak 49 sekolah dengan 15,531 pelajar terlibat kejadian banjir di tujuh daerah di Sabah hari ini.

Mangsa banjir di Johor menurun, tiga negeri lain terus meningkat
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Sabah dan Sarawak terus meningkat sejak 2 petang tadi manakala Johor mencatatkan sedikit penurunan susulan penutupan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS).

Banjir Pahang: Mangsa meningkat, 320 orang ditempatkan di empat PPS
Seramai 320 mangsa daripada 96 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Rompin setakat pukul 2 petang, hari ini.

Banjir: Polis jamin keselamatan harta benda, kediaman
Penduduk yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) susulan rumah dinaiki air, tidak perlu bimbang terhadap keselamatan harta benda di kediaman masing-masing.

Banjir Johor: Jumlah mangsa terus meningkat, 5,528 berlindung di 58 PPS
Situasi banjir di Johor menunjukkan peningkatan dengan 5,528 mangsa banjir daripada 1,536 keluarga yang ditempatkan di 58 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tujuh daerah.

Banjir di tiga negeri bertambah buruk, jumlah mangsa terus meningkat
Keadaan banjir di tiga negeri iaitu Sabah, Johor dan Pahang bertambah buruk berikutan hujan berterusan menyebabkan pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).