KUALA LUMPUR:Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan seluruh negara menunjukkan penurunan, setakat 12 tengah hari ini berbanding pagi Selasa.

Data dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menunjukkan penurunan daripada 2,377 kepada 2,155 mangsa.

Daripada jumlah 2,155, ia masing-masing membabitkan Kelantan seramai 1,094 mangsa dan seramai 1,061 di Terengganu. 

Setakat ini, sebanyak 26 pusat pemindahan telah diaktifkan.

Di Kelantan, sejumlah 15 pusat pemindahan dibuka membabitkan tiga daerah iaitu Kuala Krai, Pasir Mas dan Tanah Merah.

Di Terengganu, pusat pemindahan turut dibuka di daerah Dungun dan Kemaman.