awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Korea Selatan kata 'kekeliruan tidak sepatutnya berlaku' dengan AS kini selesai
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid ucap tahniah, Malaysia raih 13 emas di Worldskills ASEAN

Bernama
Bernama
31/08/2025
11:15 MYT
Zahid ucap tahniah, Malaysia raih 13 emas di Worldskills ASEAN
Pertandingan dwitahunan itu menghimpunkan belia berkemahiran tinggi dari negara ASEAN bagi menguji kepakaran dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia atas kejayaan meraih 13 pingat emas pada pertandingan WorldSkills ASEAN Manila 2025 di Filipina, hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid berkata kejayaan itu turut disertai empat pingat perak, tiga gangsa dan dua Medallion for Excellence, pencapaian yang disifatkan sebagai hadiah bermakna sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-68.
"Inilah hadiah paling bermakna daripada anak muda TVET buat tanah air tercinta. Malaysia bukan sekadar melahirkan insan berjiwa merdeka, tetapi juga kompeten, berdaya saing dan bersedia memimpin masa depan. Kalian adalah kebanggaan negara," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih dan institusi terlibat, selain berharap pencapaian itu menjadi pembakar semangat kepada lebih ramai belia untuk mengejar kecemerlangan dalam bidang TVET.
Pertandingan dwitahunan itu menghimpunkan belia berkemahiran tinggi dari negara ASEAN bagi menguji kepakaran dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#TVET
#WorldSkills ASEAN Manila
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan