KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Selangor, Perak dan Pahang meningkat manakala bilangan mangsa di Johor, Kelantan, Sarawak dan Melaka menunjukkan penurunan, malam ini.
Di SELANGOR, laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 1,321 mangsa daripada 317 keluarga berbanding 800 mangsa daripada kira-kira 200 keluarga pagi tadi.
Sebanyak 20 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di negeri berkenaan iaitu empat dalam daerah Kuala Selangor, empat di Sepang serta masing-masing tiga dalam daerah Sabak Bernam, Klang, Petaling dan Hulu Langat.
Di PERAK, mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 642 orang daripada 188 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 540 orang daripada 153 keluarga sejak 8 pagi tadi.
Kesemua mangsa ditempatkan di 10 buah PPS termasuk tiga PPS yang baru dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu di daerah Kerian, PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Baru Trong di Larut Matang Selama (LMS) dan SK Layang-Layang Kiri di daerah Perak Tengah.
Beberapa daerah di negeri itu terus merekodkan penurunan mangsa banjir khususnya di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Shahriman Beruas, SMK Layang-Layang Kiri dan Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar.
Di JOHOR, tiga daerah masih terjejas dengan banjir kilat iaitu Tangkak, Kluang dan Segamat namun bilangan mangsa semakin berkurangan kepada 289 orang setakat 8 malam ini berbanding 325 orang pagi tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), dalam satu kenyataan, memaklumkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 72 keluarga itu masih ditempatkan di lima PPS.
Menurut kenyataan itu, seramai 39 orang ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak dan 14 orang masih berada di Dewan Komuniti Tasek, Segamat manakala hanya enam orang lagi di Dewan Utama Kampung Ithnin Maarof di Kluang.
Di SK Simpang 5 Darat dan Sekolah Agama Simpang 5 Darat, Tangkak pula menempatkan mangsa paling ramai iaitu masing-masing 122 dan 108 orang berikutan banjir termenung.
JPBD turut memaklumkan paras air di Sungai Lenik (Ladang Cha'ah), Segamat masih merekodkan paras bahaya dengan bacaan 6.19 meter namun cuaca di seluruh negeri itu cerah kecuali di daerah Segamat dan Batu Pahat yang dilaporkan mendung.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir terus merekodkan penurunan kepada 1,053 orang daripada 364 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 1,483 orang daripada 509 keluarga pagi tadi.
Menurut laman sesawang Info Bencana JKM, kesemua mangsa banjir ketika ini ditempatkan di enam PPS di Rantau Panjang dan Pasir Mas membabitkan SK Gual Tinggi, SK Tok Deh, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, PPS Putat Tujoh dan SK Kubang Kual.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir mencatatkan sedikit peningkatan kepada 272 mangsa melibatkan 83 keluarga di Raub dan ditempatkan di lapan PPS setakat 8 malam ini berbanding 236 orang daripada 70 keluarga petang tadi.
Seramai 143 mangsa kini berada di Pusat Kegiatan Kemas Gali manakala selebihnya ditempatkan di Dewan Serbaguna Kampung Pia (39 orang), SK Tersang (28 mangsa) selain 18 mangsa masing-masing ditempatkan di SK Muhammad Jabar dan Balai Raya Kampung Ria.
Selain itu, Balai Raya Kampung Sungai Pasu dan Balai Raya Kampung Sengkela masing-masing dihuni 10 mangsa dan enam lagi mangsa ditempatkan di Masjid Kampung Kuala Semantan.
Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 48 mangsa daripada 12 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 37 mangsa melibatkan 12 keluarga pada 8 pagi tadi.
Mangsa yang terjejas adalah dari Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau, Kampung Belimbing dan Kampung Panchor.
Kesemua mangsa kini ditempatkan di PPS Dewan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal.
Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Medamit, Limbang mengalami sedikit penurunan iaitu 123 orang setakat 7 malam ini berbanding 133 orang pada 3 petang tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, kesemua mangsa terdiri daripada 39 keluarga dari kawasan hujung Jalan Medamit di daerah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 17 2022
Di Johor, tiga daerah masih terjejas dengan banjir kilat iaitu Tangkak, Kluang dan Segamat namun bilangan mangsa semakin berkurangan kepada 289 orang setakat 8 malam ini berbanding 325 orang pagi tadi. - Gambar hiasan
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.