awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: "Kami susah nak bersihkan rumah, tekanan air rendah" - Penduduk

Fareez Azman
Fareez Azman
24/12/2021
10:23 MYT
Banjir: "Kami susah nak bersihkan rumah, tekanan air rendah" - Penduduk
Antara perkakas rumah penduduk Kampung Sri Tanjung, Dengkil yang rosak akibat kediaman mereka dimasuki banjir lumpur. - Gambar Astro AWANI
DENGKIL: Kerja-kerja membersihkan kediaman yang musnah selepas ditenggelami air di Kampung Sri Tanjung di sini, sukar dijalankan berikutan tekanan air yang rendah berlaku sejak semalam.
Menurut seorang penduduk di kampung berkenaan, Samsul Saharuddin, 50, masyarakat di situ terpaksa menakung air dalam besen dan tong sebelum proses pembersihan dilakukan.
Kata Samsul, sekiranya masalah tekanan air dapat diselesaikan, kerja-kerja pembersihan dapat dilakukan dalam tempoh masa pendek dan mempercepatkan urusan-urusan lain.
"Saya rasa makan (ambil) masa sikit (kerja-kerja pembersihan)… barang-barang (perkakas rumah) pun semua sudah tidak boleh digunakan lagi,” kata Samsul yang menganggarkan dia kerugian beribu ringgit akibat bencana alam itu.
[LAPOR LANGSUNG] Banjir: Jumlah mangsa turun di empat negeri, Negeri Sembilan meningkat
Perkara sama dibangkitkan Azeman Kasudin, 44, yang terpaksa menggunakan lori tangki air untuk membersihkan rumahnya.
Azeman bersyukur kerana majikannya yang prihatin dengan nasibnya sedia membiayai kos lori tangki air itu sebanyak RM2,000.
"Semalam tiada air… hari ini ada air tapi tekanan pula terlalu rendah. Nasib baik majikan saya bantu keluarkan kos beli air dan tolong bersihkan, kalau ikutkan dua tiga hari sudah boleh selesai.
"Tetapi dengan bantuan rakan rakan sekerja dapat lah dipercepatkan sikit pembersihan rumah saya… Alhamdulillah," katanya.
Tinjauan Astro AWANI mendapati hampir keseluruhan kampung terbabit diliputi lumpur akibat banjir yang berlaku sejak Sabtu lalu.
Ia sekali gus menyukarkan kerja pembersihan dijalankan penduduk selepas air bah mulai surut dua hari lalu.
Topic Berkaitan
#banjir
#tekanan air rendah
#Kampung Sri Tanjung
#Dengkil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan