KUALA LUMPUR: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah melaksanakan beberapa projek utama termasuk 40 projek tebatan banjir seluruh negara dalam menggunakan peruntukan off-budget RM15 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebelum ini.
Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, turut dilaksanakan ialah projek pembinaan struktur sabo, naik taraf empangan, program ramalan dan amaran banjir dan juga projek di bawah perancangan pembangunan.
"Sebahagian besar projek yang dilaksanakan merupakan projek jangka panjang, melibatkan beberapa projek utama termasuk 40 projek tebatan banjir seluruh negara yang melibatkan pembinaan struktur sabo, naik taraf empangan program ramalan dan amaran banjir dan termasuk juga projek di bawah perancangan pembangunan seperti Saliran Mesra Alam atau MASMA bagi mengurangkan impak banjir di kawasan-kawasan bandar.
"Dalam pada itu kita juga melaksanakan program pembinaan infrastruktur sabo bagi mengurangkan impak banjir debris ataupun kepala air yang banyak berlaku mutakhir ini dan Kementerian memperuntukkan sejumlah besar bagi pelaksanaan projek ini di seluruh negara.
"Di samping itu, kita juga ada pembinaan empangan dwifungsi, satu bekalan air, yang kedua sebagai tebatan banjir yang kita laksanakan di Melaka dan Selangor dan beberapa negeri lain.
"Selain itu kita juga buat penambahbaikan amaran awal. Saya juga suka untuk nyatakan turut dilaksanakan di bawah bajet ini ialah peningkatan tahap perlindungan bagi sistem saliran dan infrastruktur pantai, di mana kita telah menaikkan ban daripada 100 tahun ARI kepada 200 tahun," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman di Dewan Rakyat hari ini.
Dalam pada itu, KASA, jelas Tuan Ibrahim, turut memfokuskan kepada penyelesaian jangka pendek yang bersifat impak tinggi dengan kos yang rendah selain penyelesaian jangka panjang bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut.
"Kita fokus kepada penyelesaian jangka pendek yang bersifat impak yang tinggi dengan kos yang rendah seperti penyelenggaraan sistem perparitan dan saliran, mendalamkan sungai dan meninggikan benteng sungai.
"Penyelesaian jangka panjang juga turut diambil di mana JPS telah meningkatkan kesiapsiagaan untuk musim Monsun Timur Laut ini dengan menambah baik aset antaranya 284 pam, 203 kenderaan, 35 bot, 995 membuat sistem telemetri di Semenanjung dan 317 di Sabah, Sarawak dan Labuan serta 526 siren amaran.
"Usaha mengurangkan risiko banjir di seluruh negara sebagai langkah jangka panjang melalui pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir yang yang akan terus dilaksanakan termasuklah 100 projek rancangan tebatan banjir bernilai RM10.3 bilion telah pun diluluskan di bawah Rancangan Malaysia ke 12 sedang dilaksanakan di seluruh negara.
"Pelaksaan projek projek ini akan meningkatkan bilangan penduduk yang dilindungi daripada kesan banjir," tambah beliau lagi.
Astro Awani
Wed Oct 05 2022
KASA memfokuskan kepada penyelesaian jangka pendek yang berimpak tinggi dengan kos yang rendah selain penyelesaian jangka panjang bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut, kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. - Gambar fail Bernama
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).