awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: Penduduk waspada kes pecah rumah, buat rondaan guna bot

Bernama
Bernama
23/09/2024
05:00 MYT
Banjir Kedah: Penduduk waspada kes pecah rumah, buat rondaan guna bot
Penduduk mengambil inisiatif melakukan rondaan menggunakan bot di kawasan kampungnya dan kampung berdekatan. - Gambar/ Bernama
PENDANG: Keadaan rumah digenangi banjir dan ditinggalkan tanpa penghuni kerana berpindah ke pusat pemindahan, meresahkan penduduk kampung di kawasan Tanah Merah, di sini terhadap ancaman jenayah pecah rumah.
Penduduk Kampung Alor Ali Ahmad Shafie, 34, berkata sebagai langkah waspada dia dan beberapa rakan mengambil inisiatif melakukan rondaan menggunakan bot di kawasan kampungnya dan kampung berdekatan.
"Sudah seminggu kawasan kampung ditenggelami banjir dan banjir termenung ini tidak pasti bila akan surut, mungkin berlarutan sehingga lima hari lagi sebelum surut.
"Jadi kami ambil inisiatif melakukan rondaan pada sebelah pagi dan petang. Setakat ini keadaan nampak aman dan tiada kejadian pecah rumah," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ahmad berkata selain kampungnya, rondaan dengan menggunakan bot sendiri itu turut dilakukan di Kampung Alor Mengkuang dan Kampung Tok Pauh.
Seorang penduduk Mohd Rashidi Muda, 48, berkata ramai penduduk di kawasan itu yang dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan, menyebabkan kampung menjadi sepi.
"Kadang-kadang saya dan isteri balik untuk melihat keadaan rumah dan memberi makan tujuh ekor kucing yang ditinggalkan di rumah," katanya.
Seorang lagi penduduk, Muhammad Affendi Mahmud, 30, berkata kebiasannya banjir di kawasan tersebut mengambil masa yang lama untuk surut kerana kedudukan yang rendah berbanding kawasan lain.
"Memang lama nak tunggu surut dan mungkin lambat lagi kami boleh balik rumah. Bila banjir tak surut-surut risau barang dalam rumah rosak. Mesin basuh pun tak sempat alihkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kedah
#Pendang
#kes pecah rumah
#rondaan dengan bot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan