awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kedah: PPS dibuka semula di Kubang Pasu

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/11/2021
21:22 MYT
Banjir Kedah: PPS dibuka semula di Kubang Pasu
PPS di Dewan Kampung Lahar yang telah ditutup pada jam 4 petang Sabtu terpaksa dibuka semula malam tadi. - Foto APM
KUBANG PASU: Hujan lebat melebihi dua jam bermula jam 6 petang semalam mengakibatkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Kampung Lahar, terpaksa dibuka semula malam tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, PPS itu dibuka jam 9 malam menempatkan 31 mangsa daripada tujuh keluarga.
“Sebelum ini PPS terbabit telah ditutup pada jam 4 petang semalam selepas air yang memasuki rumah mangsa telah surut.
“Bagaimanapun hujan lebat telah mengakibatkan paras air sungai kembali meningkat seterusnya melimpah memasuki rumah penduduk,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dalam kejadian banjir Khamis lalu, seramai 43 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Kampung Tradisi Lembah Keriang, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Binjal dan PPS Dewan Kampung Nongka.
Namun, kesemuanya ditutup sepenuhnya pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#pusat pemindahan
#Kubang Pasu
#banjir kedah
#paras air sungai meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan