TUMPAT: Penduduk Kampung Jejulok di sini mendakwa pembinaan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) mengakibatkan banjir sukar surut.
Mereka turut mendakwa air mungkin surut sepenuhnya dalam tempoh antara tiga atau empat hari lagi.
Penoreh getah, Mahusin Daud, 69, berkata, banjir termenung itu sudah biasa dilalui penduduk tetapi projek berkenaan menjadi faktor air lambat surut.
Menurutnya, banjir kali kedua membimbangkan mereka kerana ada penduduk yang perlu bersedia untuk berpindah.
"Banjir kali ini lebih lama dan mungkin mengambil masa lebih tiga hari untuk surut sepenuhnya," katanya ketika ditemui pada Ahad.
Mahusin yang sudah 40 tahun tinggal di kawasan itu mengakui sudah biasa dengan keadaan itu, malah pernah berdepan binatang berbisa.
"Hujan sejak seminggu lalu menyebabkan rumah saya dinaiki air sehingga 0.2 meter di bahagian dapur dan mengambil masa lama untuk surut," katanya.
Seorang lagi penduduk, Nasir Othman, 64, berpendapat, banjir termenung itu mungkin surut dalam tempoh seminggu lagi.
Nasir yang lebih 20 tahun menetap di kampung itu memberitahu, hujan lebat minggu lalu menyebabkan kawasan rumahnya dinaiki air setinggi satu meter.
"Jika sebelum pembinaan benteng air surut lebih awal kerana aliran air terus ke sungai," katanya.
Bagaimanapun, Nasir bersama empat ahli keluarganya yang lain tidak mengalami masalah untuk keluar mendapatkan bekalan makanan kerana sudah biasa dengan situasi itu.
Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat memaklumkan, limpahan banjir dari Sungai Golok dan ban PLSB Sungai Golok di Kuala Teluk Kampung Lanchang Rantau Panjang pecah mengakibatkan lebih 50 peratus kawasan di daerah ini ditenggelami air.
Beliau turut mengakui, banjir kali ini lebih teruk dan ramai penduduk terjejas termasuk Kampung Kubang Sawa, Kampung Teluk Jering selain kawasan sekitar Pantai Geting. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 25 2022
Nasir (kiri) mengharung banjir di pekarangan rumahnya di Kampung Jejulok, Tumpat. -Foto Sinar Harian
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
RM50 juta bantu mangsa banjir di Kelantan, RM1,000 satu keluarga- PM
Kerajaan Persekutuan memperuntukan bantuan awal sebanyak RM50 juta untuk mangsa banjir yang terjejas di Kelantan.
Banjir Kelantan: 'Empat hari lagi baru surut' - Penduduk dakwa PLSB jadi punca
Mahusin yang sudah 40 tahun tinggal di kawasan itu mengakui sudah biasa dengan keadaan itu, malah pernah berdepan binatang berbisa.
Kerajaan mulakan PLSB tangani banjir di kawasan Sungai Golok - Tuan Ibrahim
Kerajaan telah memulakan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu di Sungai Golok bagi menangani masalah banjir.