Berdiri di tebing sungai yang airnya mengalir lesu, sukar untuk penulis menggambarkan bagaimana jambatan konkrit yang merentangi Sungai Nenggeri selebar 300 meter itu boleh menyembah bumi.
Cuma yang tinggal hanya tiang konkrit dan 'urat-urat' besi sebagai bukti di situlah pernah bertapak Jambatan Pulau Setelu.
Betapa deras agaknya air sungai sehingga boleh meruntuhkan jambatan yang telah berdiri teguh selama kira-kira 30 tahun?
Ini antara persoalan yang berlegar dalam minda penulis sambil menghitung kereta yang terpaksa berpatah balik sebaik menghampiri jambatan yang sudah runtuh.
Mereka yang lazimnya menggunakan Jambatan Pulau Setelu ini sebagai jalan pintas untuk ke Jeli terpaksa menukar laluan kepada jalan yang lebih jauh.
Sebagai alternatif, mereka perlu melalui Dabong dan Tanah Merah dengan masa perjalanan bertambah kira-kira sejam untuk ke destinasi sama.
Jambatan yang runtuh ini dan terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari Gua Musang adalah antara kemusnahan besar yang berlaku apabila banjir melanda kawasan sekitarnya selama seminggu.
Yang paling terkesan ialah penduduk di Kampung Setelu di seberang sungai ke arah Jeli dan penduduk di Kampung Star di seberang sungai ke arah Gua Musang.
BOT SEBAGAI GANTI
Mahu tidak mahu, penduduk kampung sekitar Jambatan Pulau Setelu terpaksa menjadikan bot sebagai sumber pengangkutan utama mereka untuk mendapatkan bekalan harian mereka dari kawasan Gua Musang.
Penulis yang 'berkampung' beberapa hari di kawasan berkenaan mendapati kanak-kanak sekolah turut terpaksa menggunakan bot untuk ke sekolah.
Seawal pukul 5.00 pagi, kira-kira 100 kanak-kanak terpaksa mempertaruhkan nyawa, menaiki bot kecil yang perlu meredah arus deras sungai untuk ke seberang.
Mokhtar Dahari, 34, pemandu bot di sungai itu memberitahu Bernama, sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah bagi menampung keperluan pendidikan kawasan sekitar.
Pelajar-pelajar sekolah itu, katanya, perlu menggunakan bot untuk berulang-alik selepas Jambatan Pulau Setelu runtuh. Mokhtar berkata, pernah sekali bot yang dipandu sahabatnya terbalik ketika merentasi sungai itu kerana arus deras yang tidak menentu.
"Mujur kawan saya bawa bot yang dipenuhi barang-barang. Bayangkanlah jika bot itu membawa pelajar sekolah.
"Bagaimanapun, kami sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika merentasi sungai Nenggiri ini agar perkara sebegini tidak berlaku," katanya.
BALAK DAN KAYU-KAYAN ANTARA PUNCA
Ditanya mengenai punca Jambatan Pulau Setelu runtuh, Ahmad Ramadhan yang membesar di Kampung Baru Star, terletak kira-kira lapan kilometer dari jambatan, berkata ketika air mulai naik di Sungai Nenggiri, beliau dapat melihat secara jelas kayu balak serta batang buluh yang dihanyutkan arus sungai.
"Mustahil jambatan sekukuh ini boleh runtuh hanya kerana air banjir.
"Saya percaya kayu-kayu yang hanyut ini bukan sahaja menyekat air dan membuatkan air naik dengan laju tetapi menghentam rumah-rumah di sekitarnya sehingga hancur.
"Saudara boleh pergi tengok ada lagi kayu-kayu balak dengan pokok buluh di tebing sungai," katanya.
Seorang lagi penduduk kampung, Hasinah Ibrahim, 43, berkata kayu-kayu yang dihanyutkan mengelilingi jambatan itu sehingga membentuk pulau kecil.
"Kira-kira pukul 2.30 petang kami terdengar bunyi dentuman kuat dan melihat sendiri bagaimana jambatan yang menjadi nadi kehidupan utama di sini musnah," katanya.
KEMUSNAHAN BESAR
Penulis memilih Jambatan Pulau Setelu sebagai contoh kemusnahan besar yang berlaku di Kelantan semasa banjir akibat adanya kayu balak yang hanyut ke dalam sungai.
'Tsunami darat' yang melanda Kelanyan baru-baru ini memusnahkan banyak harta benda malah memaksa lebih 104,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan banjir.
Adun Nenggiri, Mat Yusoff Abdul Ghani mendakwa, banjir besar yang berlaku memusnahkan hampir 90 peratus kawasan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri beliau.
"Memang hujan agak luar biasa dan memburukkan keadaan apabila air hujan tidak dapat diserap kerana kawasan hutan telah digondolkan atau ditanam dengan kelapa sawit," katanya.
Beliau yang telah menjadi ADUN selama tiga penggal berkata banjir tahun lepas adalah fenomena yang pertama kali dirasai penduduk Kelantan.
Seorang lagi Adun di Gua Musang iaitu Adun Galas, Ab Aziz Yusoff pula berkata hampir 500 buah rumah di Gua Musang musnah atau hanyut ketika banjir yang disifatkannya sebagai luar biasa itu.
Beliau turut positif penerokaan tanah, sama ada haram atau tidak di Banjaran Titiwangsa di mana banjaran itu mempunyai anak-anak sungai yang bersambung dengan Sungai Nenggiri menjadi antara faktor punca banjir luar biasa.
"Apa yang berlaku khususnya di Banjaran Titiwangsa ialah hutan kita digondolkan melalui aktiviti perladangan, pembalakan sama ada haram ataupun tidak.
"Sepanjang tinjauan saya melalui udara, begitu luas kawasan hutan telah digondolkan dan saya percaya ini punca mengapa air begitu cepat naik sehingga menyebabkan banjir lumpur," katanya.
RUMAH 'BALAK'
Penulis yang berada selama 11 hari di Kelantan, meninjau keadaan pasca banjir, seperti penduduk dan pelawat yang datang dari luar negeri Che Siti Wan Kembang ini sendiri berasa terkejut dengan kemusnahan yang berlaku.
Di Manik Urai, Kuala Krai, ada rumah yang dihempap kayu balak yang dihanyutkan bah sehingga ranap sama sekali.
Rumah itu yang menjadi kediaman Rashid Daud, 47, bersama isteri dan lapan orang anaknya itu kini hanya jadi timbunan kayu-kayan.
Lebih menyedihkan kerana beliau baharu sahaja mengubah suai bahagian dapur rumahnya dengan kos RM10,000 dan siap pada akhir November tahun lepas.
Apa yang pelik, walaupun rumah itu terletak di pinggir sungai iaitu kira-kira 100 meter dari tebing, ia boleh dikatakan agak jauh dari kawasan hutan.
"Kita pun tak agak boleh jadi macam ini. Nak angkat kayu dari rumah ini pula, orang minta RM500 (guna jentolak). Tak tahulah bila nak boleh buat semula rumah ni," katanya.
TERPUTUS HUBUNGAN
Bagi penduduk Orang Asli yang majoritinya menetap di Hulu Kelantan, biar pun banjir itu sudah berlalu dan bantuan sedang diagihkan, harapan mereka ialah agar bencana ini tidak berulang.
Ketua Unit Pembangunan, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), daerah Gua Musang, Mohd Zainal Abu Bakar berkata banjir kali ini menyebabkan lebih 1,300 Ketua Isi Rumah (KIR) tergolong sebagai mangsa banjir.
Seramai 113 KIR kini hilang tempat tinggal akibat rumah yang musnah dibadai air lumpur manakala 1,191 KIR pula terputus hubungan akibat tanah runtuh dan jambatan roboh disebabkan banjir.
"Banjir ini menyebabkan kira-kira 24 jambatan roboh yang melibatkan 53 kampung terputus hubungan," katanya.
Menurut Mohd Zainal, di Gua Musang, penduduk di kawasan sekitar terpaksa bergantung kepada pengangkutan air untuk singgah ke pekan malah untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
Menurut beliau, sehingga hari ini terdapat 138 pos atau kampung masyarakat Orang Asli di kawasan Gua Musang.
UMPAMA MENGEJAR BAYANG-BAYANG
Isu pembalakan atau penerokaan tanah di negeri Che Siti Wan Kembang secara kolektifnya dipersetujui penduduk kampung yang ia wujud.
Namun, sama ada penerokaan tanah itu dilaksanakan secara halal mahupun haram, perkara berkenaan tidak diketahui mereka.
Yang pasti, kata seorang penduduk di Bandar Lama Gua Musang, Ahmad Kamizi Jalil, 47, kesannya di Hulu Kelantan ini boleh dilihat sama ada dari darat, udara dan air di Hulu Kelantan ini.
"Cerita dia ni tak boleh habis, kita nampak ada, tapi tak boleh buat apa. Macam mengejar bayang-bayang sendiri. Bayangnya ada, tetapi tidak dapat disentuh," katanya.
"Apa yang diharapkan pihak yang bertanggungjawab harus mencari jalan menyelesaikan perkara ini agar banjir seperti ini tidak berulang," tegasnya.
SETERUSNYA: Pencemaran Sungai Dan Banjir Besar
_____________________________________________________________________
*Ini adalah bahagian pertama daripada empat siri rencana mengenai banjir besar yang melanda Kelantan pada akhir 2014.
*Dua wartawan Bernama, Syed Ilya Al-Qadri dan Nik Nurfaqih Nik Wil cuba mengesan punca banjir besar itu dan sama ada pembalakan antara isu yang perlu diberi perhatian.
Bernama
Sat Mar 14 2015
Ikuti perjalanan dua wartawan di Kelantan yang cuba mengesan punca banjir besar di negeri itu dan jika pembalakan antara puncanya. -Foto BERNAMA
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025 (FY25).
Perhilitan tangkap gajah liar ganggu penduduk di Dabong
Perhilitan Kelantan menangkap seekor gajah jantan liar yang mengganggu kehidupan penduduk sekali gus memberikan kelegaan di Kampung Kemubu, Dabong di sini pada Isnin.
5 bayi antara 50 terperangkap dalam insiden kepala air di Kelantan
Kesemua mangsa dilapor terperangkap di kawasan perkelahan berkenaan akibat limpahan air sungai yang deras.
Jika mahu buat duit, inilah tempatnya, datang ke Dabong!
Dabong, dahulunya tempat jin bertandang, tetapi lokasi 'zombie' inilah tempat buat duit sekarang, sehingga ada warganya boleh membeli kenderaan pacuan empat roda bernilai ribuan ringgit secara tunai.
Jualan durian cecah ratusan ribu ringgit, pemilik kebun jadi 'orang kaya'
Bagi Ibrahim Che Musa yang memiliki kebun durian seluas 6.47 hektar, jualan durian kunyit dan musang king kali ini menggalakkan walaupun harga borong yang diberikan RM35 sehingga RM40 bagi sekilogram.
JBPM Kelantan cadang perkenal SOP panjat gunung
Bomba Kelantan bakal tetapkan SOP untuk pendaki gunung dan peneroka gua di negeri berkenaan bagi memastikan keselamatan setiap peserta ekspedisi.
Air sungai keruh, tak tergamak nak mandi
Gua Ikan disifatkan semakin hilang tarikannya gara-gara kesan sampingan daripada pembalakan serta pembukaan ladang pertanian.
Pam minyak tradisional nadi penduduk pekan Dabong
Jika di bandar atau pekan di seluruh negara, pam minyak tradisional mungkin sukar untuk dilihat oleh remaja apatah lagi kanak-kanak yang hidup di zaman teknologi di hujung jari ini.
Bomba sasar ambil masa 10 minit untuk keluarkan mangsa banjir
Bomba jamin pihaknya mempunyai keanggotaan dan aset mencukupi bagi membantu memindahkan semua mangsa banjir.
Ribut, hujan batu, 30 rumah alami kerosakan di Dabong
Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krai, Mohamed Hanif Che Khalid, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut sekitar jam 6.34 petang Sabtu.
Maut dipijak lembu peliharaan pagi Aidiladha
Sebuah keluarga di Kampung Dusun Durian, Dabong, dekat sini pasrah kehilangan ahli keluarga ketika umat Islam sedang melakukan ibadah korban, Jumaat lalu.