awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
Lil Jon dan ibu luah rasa hancur hati susulan kematian anak
Trump padam video berunsur perkauman yang gambarkan Obama sebagai kera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Lapan NGO bantu mangsa banjir termenung di Tumpat

Bernama
Bernama
24/12/2022
23:20 MYT
Banjir Kelantan: Lapan NGO bantu mangsa banjir termenung di Tumpat
Che Adnan berkata sebanyak lapan bot termasuk milik ATM, PDRM, APM dan JBPM digunakan untuk misi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir yang tidak berpindah ke PPS di Tumpat. - Foto Twitter BERNAMA
TUMPAT: Lapan badan bukan kerajaan (NGO) menggembleng tenaga untuk menyalurkan bantuan seperti keperluan asas, makanan dan minuman kepada penduduk terjejas banjir dan tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di empat buah kampung sekitar daerah ini.
Malah NGO terlibat perlu menempuh perjalanan kira-kira sejam menggunakan bot untuk sampai ke Kampung Kuala Jambu, Kajang Sebidang, Kubang Sawa, Naga Ibu dan Bendang Pak Yong.
Penyelaras Program Tanggung jawab Sosial Korporat (CSR) Pasca Banjir Tumpat Che Adnan Che Kadir berkata antara NGO terlibat ialah Skuad Kebajikan Bomba Malaysia Kelantan, Kilo Lima Bravo Motorsport Club (KLBMC), Bulan Sabit Merah Kelantan dan Gabungan NGO Hadapan Kelantan (GOHEK).
Turut sama membantu penduduk terjejas banjir ialah Third Force Kelantan, Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) dan Pajero Club Malaysia and Friends.
"Sejak banjir Isnin lalu kami tidak putus-putus menyediakan bot dan kenderaan pacuan empat roda bagi membolehkan mangsa banjir yang terkepung menerima bantuan," katanya kepada pemberita selepas Misi Bantuan di Kampung Kuala Jambu, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Che Adnan berkata kawasan kampung-kampung terlibat dinaiki air melebihi paras 0.8 meter menyebabkan lokasi terlibat bertukar menjadi seperti sungai.
"Ini menyukarkan penduduk untuk keluar ke tempat tinggi, sebab itu kami menjalankan usaha secara bersepadu mengumpul barangan keperluan untuk dihantar kepada penduduk.
"Sebanyak 1,400 pek makanan segera dan 200 pek barangan makanan keperluan asas diagihkan kepada mangsa yang terjejas banjir, selepas ini kami akan bergerak ke Rantau Panjang dan Pasir Mas," katanya.
Foto Twitter Bernama
Foto Twitter Bernama
Che Adnan berkata sebanyak lapan bot antaranya milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digunakan untuk misi berkenaan.
Turut tampil menghulurkan bantuan bot ialah penghulu dan penduduk, Persatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Kelantan serta Pertubuhan Kebajikan Warisan Islam Malaysia.
Sementara itu mangsa banjir Zulkifli Mohamad, 38, berkata mereka sudah terbiasa dengan keadaan banjir termenung itu yang biasanya akan surut dalam tempoh seminggu nanti.
"Penduduk minta kerajaan buatlah sesuatu bagi menyelesaikan masalah air yang tidak boleh mengalir yang kami hadapi berpuluh-puluh tahun ini," katanya.
Menurut Azurawati Mohd Dzahir, 45, berkata dia bernasib baik kerana rumah didiaminya tinggi dan tidak perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir termenung
#banjir
#NGO
#mangsa banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan