awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
Anwar harap Zoo Johor terus diperkasakan sebagai pusat rekreasi
Kerajaan peruntuk RM350 juta naik taraf JRTB di Perak - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Kelantan: Masalah logistik, kurang bekalan punca bantuan di PPS lewat - JKM

Hilmi Malik
Hilmi Malik
21/12/2022
09:27 MYT
Banjir Kelantan: Masalah logistik, kurang bekalan punca bantuan di PPS lewat - JKM
Penyelaras Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Puteh, Mohd Faisal Ismail berkata, wujud kekangan akibat insiden banjir yang berada di luar jangkaan. - Astro AWANI
PASIR PUTEH: Kekurangan bekalan dan masalah logistik menjadi punca kepada isu kekurangan keperluan asas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil di sini.
Penyelaras Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pasir Puteh, Mohd Faisal Ismail berkata, wujud kekangan akibat insiden banjir yang berada di luar jangkaan.
"Banjir kali ini sesuatu yang luar jangkaan kita, pergerakan untuk hantar bantuan terganggu akibat banyak jalan yang terputus hubungan.
"Kita mengalami kekurangan bekalan keperluas asas dan permohonan telah dibuat untuk kita buat agihan secara menyeluruh termasuk di PPS SMK Kamil yang mula disalurkan hari ini.
"Barangan yang kita terima pada peringkat awal hanya mampu menampung beberapa PPS jadi bekalan memang terhad," katanya ketika ditemui di pejabat JKM Pasir Puteh pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, beberapa bentuk keperluan asas telah tiba hari ini dan dalam proses agihan.
Selain itu, beliau berkata, JKM juga perlu mengambil kira keadaan PPS yang perlu diutamakan dan ia bergantung kepada kawasan yang berdepan implikasi berbeza.
BACA: Banjir Kelantan: PPS SMK Kamil kurang kemudahan asas, mangsa rayu perhatian
Tegasnya, tiada pihak yang berkecuali daripada menerima bantuan namun dalam masa sama beliau memohon agar kesemua pihak memahami kesukaran yang dihadapi pihak JKM ketika ini.
"Kita mohon maaf pada mangsa yang mungkin tidak terima bantuan sejak hari pertama di PPS.
"JKM berharap semua pihak dapat bersabar dan kita akan usaha sebaik mungkin untuk pastikan bantuan sampai ke semua kawasan," jelasnya.
Secara keseluruhan, JKM sedang giat menyusun atur kesemua keperluan sebelum digerakkan kepada lebih 1,500 keluarga yang terjejas akibat banjir di daerah Pasir Puteh.
Astro AWANI pada Rabu melaporkan, keluhan mangsa banjir di PPS SMK Kamil yang merayu agar keperluan asas seperti khemah, bantal, dan tilam dapat disediakan.
Ini termasuklah keadaan mangsa banjir yang berbeza jantina ditempatkan dalam ruang terbuka.
Perkara itu sekali gus menyukarkan aktiviti seharian kesemua mangsa di PPS terbabit.
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#logistik
#PPS
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan