awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Kes demam denggi catat peningkatan di Kelantan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
06/01/2024
23:45 MYT
Banjir: Kes demam denggi catat peningkatan di Kelantan
Sukarelawan melakukan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk Kampung Banggol Nyior, Kelawar dan Kampung Bongor, Pasir Mas, pada Sabtu.
PASIR MAS: Pasca banjir di Kelantan menyaksikan terdapat kes deman, penyakit kulit yang disebabkan air yang tercemar dan demam denggi.
Pengerusi Malaysia Medical Associaton (MMA) Kelantan, Dr Wan Nor Aina Al Mardiyah Wan Jeffrey berkata, kes deman denggi misalnya mencatatkan peningkatan disebabkan situasi hujan dan panas yang menyumbang kepada peningkatan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
"Penyakit leptospirosis atau air kencing tikus., itu kena elakkan. Main banjir dan terdedah air banjir, bukan tikus sahaja bawa penyakit bahkan ada yang lain selain itu ada penyakit cirit-birit kerana makanan kotor tak dimasak sebaiknya," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan kanak kanak supaya mengelak bermain di kawasan air bertakung bagi mengelakkan jangkitan penyakit khususnya leptospirosis.
Dalam masa sama, Dr Wan Nor Aina mengingatkan mangsa banjir yang mengalami demam berpanjangan, cirit-birit, loya dan sakit kepala segera rujuk kepada hospital bagi mengelakkan keadaan lebih parah.
Terdahulu, beliau bersama sukarelawan yang turut disertai Medical Society Universiti Sains Malaysia (USM) menjalankan pemeriksaan kesihatan percuma melibatkan lebih 150 penduduk di Kampung Banggol Nyior, Kelawar dan Kampung Bongor.
Ketiga-tiga kampung berkenaan antara kampung di jajahan Pasir Mas yang ditenggelami air hujung Disember lepas.
Katanya, rawatan awal melibatkan kes deman denggi dan kencing tikus dapat menyelamatkan nyawa.
Penduduk kampung yang mendapat pemeriksaan oleh kumpulan sukarelawan itu turut menerima bantuan kit makanan.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#demam denggi
#demam denggi meningkat
#Dr Wan Nor Aina Al Mardiyah Wan Jeffrey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan